Tajuk:Desaturasi
Merah Jambu
Pengarang:Ladynoe
Mohamed
Penerbit:DUBOOK
PINK
Buku ini mengisahkan kehidupan
seorang wanita yang bernama Deknoe.Cerita ini bermula dari saat kelahiran
penulis hinggalah kepada saat penceraiannya dengan suaminya.Namun demikian,cerita
ini tidak tamat di situ sahaja kerana perjalan hidup penulis masih panjang
lagi.Hanya sebahagian hidupnya yang dapat dikongsikan bersama kita.
Pada pandangan saya,novel ini amat
menarik namun agak sukar difahami kerana penulis banyak berteka-teki
,penyampaian agak tersirat dan penulis selalu meninggal kan pembaca dalam
keadaan tertanta-tanya.Untuk memahaminya dengan lebih jelas,digalakkan agar
membaca berulang kali agar boleh mengungkapkan mesej mahupun pengajaran yang
ingin disampaikan oleh penulis.
Namun begitu,novel ini berkait rapat
dengan dengan kehidupan kita seharian.Dapat dilihat dari segi penulisannya,
penulis amat kreatif mengolah karya yang sangat sinonim dengan hidup kita.Penulis
menggambarkan situasi yang kita lalui setiap hari samada di sekolah,tempat
kerja,rumah atau di mana sahaja kita berada.Selain itu,penulis juga
mengungkapkan persoalan yang selalu kita persoalkan terhadap diri sendiri
mahupun orang di sekeliling kita.Sebagai contoh,penulis pernah bertanya sewaktu
zaman kanak-kanak kepada ibunya bagaimana bayi terhasil.Saya percaya setiap
kita pasti ada persoalan yang kita sangat ingin tahu.dan kita pun bertanya
kepada orang yang lebih pakar.Dan seringkali jawapan yang diberikan sangat
mengecewakan hati kita.Itulah lumrah dunia.
Satu lagi persoalan yang sering
berlegar di minda kita iaitu persoalan tentang kematian.Tiada seorang pun yang
boleh memberi gambaran yang jelas tentang perkara tersebut.Hanya Tuhan yang
mengetahui segalanya.Tapi bagi saya sendiri persoalan tentang kematian amat
sukar dirungkaikan.Tapi seringkali kita bersikap paranoid dengan hal
tersebut.Kita akan berfikir yang merepek apabila tindak-tanduk orang yang
terdekat dengan kita mula menunjukkan sikap yang pelik dan luar biasa.Dan kita
akan membuat spekulasi sendiri yang mereka akan meninggalkan kita dalam masa
terdekat.
Di samping itu,saya merasakan novel
ini menarik kerana penulis amat pandai mengulas situasi yang sedang berlaku
dalam kehidupan remaja kita.Sebagai contoh dalam usia yang semakin meningkat,kita
tidak terhindar daripada memikirkan tentang teman hidup.Penulis mencadangkan
agar bukan paras rupa yang yang menjadi ukuran utama malah lihatlah akhlak
seseorang itu.Tapi akhirnya,penulis juga
bercerai dengan suaminya namun sebabnya tidak dinyatakan dengan jelas.Jadi
mesej yang ingin disampaikan penulis ialah kita tidak boleh menduga apa yang
akan berlaku terhadap kita hari ini,esok dan seterusnya.Hidup penuh dengan
kejutan.
Melalui novel ini juga saya
diterapkan dengan mesej agar jangan mudah menghakimi orang lain.Jangan terlalu
mudah membuat sebarang andaian mahupun
spekulasi yang tidak berasas tanpa
membuat kajian terlebih dahulu.Novel ini juga memperlihatkan reaksi kita dalam
menghadapi cabaran di dalam hidup kita.Seperti yang kita sedia maklum,hidup
kita sentiasa dikelilingi dengan pelbagai cabaran.Hidup ini tidak semestinya
indah, bak kata orang hidup tidak bermakna tanpa cabaran dan dugaan.Dari situ
kita akan sedar kita akan dalam menilai diri kita sejauh mana kita boleh
bertahan dan berusaha untuk menghadapi cabaran tersebut.Di samping itu janganlah menyalahkan orang lain di atas cabaran tersebut.Mungkin
ada kebaikan yang kita tidak sedari.
Akhir sekali,Mesej yang kita dapat
daripada novel tersebut ialah menerima kritikan sebagai sesuatu yang boleh membina
personaliti kita agar menjadi lebih baik. Jangan mudah melatah apabila menerima
kritikan.Jadikan kritikan tersebut sebagai batu loncatan untuk memperbaiki
diri.
Penulis menyarankan agar janganlah
kita menukarkan warna kehidupan kita yang cerah kepada warna kelabu yang akan
menggelapkan hidup kita lantaran sikap kita yang sukar berkompromi,egois dan
sikap bongkak yang sukar menerima pandangan orang lain.
Konklusinya,novel ini amat bagus
untuk membuat refleksi diri terhadap senario yang berlaku di sekeliling kita.Mungkin
kita akan sedar terhadap kelakuan kita yang terkadang di luar akal waras
kita.Novel ini bagus untuk mengembalikan kita ke pangkal jalan yang hidup ini
penuh warna warni yang sukar kita ungkapkan.
BY:JOSEPHINE
ANAK GEORGE JIMBUN
A12SC0085
No comments:
Post a Comment