TAJUK : PARANOID
PENULIS : FANDY TAHER
PENERBIT : LEJEN PRESS
Paranoid merupakan sebuah novel hasil penulisan pertama
Fandy Taher terbitan Lejen Press yang diterbitkan pada Ogos 2013.Saya memilih
novel ini kerana tertarik dengan tajuknya yang begitu unik dan tidak pernah saya
ketahui sebelum ini.Terlebih dahulu saya ingin menerangkan serba sedikit apa
itu paranoid.Paranoid ini merupakan panggilan untuk orang yang ada paranoia.Ianya seperti
satu gangguan pada fikiran seseorang dan membuat mereka sering berkhayal.Apa
yang dilakukan oleh penghidapnya adalah menjadikan mereka berasa tidak selamat dan beranggapan
sesuatu itu seperti hendak membahayakan diri mereka.Tetapi sebenarnya
tidak.Semuanya hanya dalam khayalan sahaja.Jika dalam kes yang lebih ekstrem ,khayalan paranoid itu
sampai membuatkan mereka menciptakan satu watak yang lain terhadap orang yang
mereka kenal.
Novel ini mengisahkan tentang seorang pelajar tingkatan
lima yg berasal dari Kuala Lumpur iaitu Izham(Iz).Iz mempunyai penyakit
paranoid yang sangat melampau sehingga akhirnya memakan dirinya sendiri.Iz menyukai Nur
Zulaiha(Zu), namun dia tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkannya walaupun
hubungan mereka semakin rapat.Disebabkan paranoidnya yang melampau dia berkhayal bahawa
Zu berhasrat ingin melarikan diri dari keluarganya.Disebabkan cintanya yang
mendalam Izham akur dan mengikuti Zu melarikan diri ke Kuching.
Pelarian mereka
menyebabkan Iz mendapat tahu bahawa Zu merupakan seorang Yahudi tetapi tidak
diendahkan oleh Izham kerana cintanya yang mendalam terhadap Zu.Sepanjang pelarian
mereka Iz beranggapan bahawa mereka sedang diburu oleh seorang ejen
Yahudi.Malah ketika di Pulau Manukan,Sabah dia berperasangka buruk bahawa agen Yahudi tersebut serta
Zu ingin membuat sesuatu yang tidak baik kepada masayarakat kampung di
situ.Kemudian, dia berpakat bersama Hamdan untuk mencari identiti sebenar agen tersebut dan
hasil dapatan agen tersebut adalah cikgunya sendiri.
Sedangkan pada hakikatnya,cikgunya,zu serta rakan-rakan
yang lain sedang mengadakan lawatan sambil belajar anjuran Kelab Bahasa Melayu
ke Kuching dan kemudian ke Pulau Manukan Sabah.Akhirnya Izham sendiri mendapat malu
atas tuduhannya serta sikap paranoidnya yang melampau itu. Walaubagaimanapun
izham telah mengambil iktibar atas penyakit paranoidnya itu.
Apa yang boleh saya komen disini adalah novel Paranoid
ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan sentiasa menimbulkan tanda tanya
tetapi klimaksnya yang lambat membuatkan saya agak bosan membacanya .Kemudian dengan pengakhiran
cerita yang agak tergantung membuatkan saya agak tidak berpuas hati dengan
cerita yang cuba disampaikannya.
Apa yang saya dapat melalui pembacaan novel ini adalah
penulis merupakan seorang yang sangat banyak ilmu pengetahuannya mengenai
paranoid serta Yahudi.Banyak ilmu serta iktibar yang saya dapat mengenai orang Yahudi.Salah
satunya adalah orang Yahudi sangat rajin membaca dan menuntut ilmu.Mereka
sangat bijak dengan pelbagai cara yang licik untuk menguasai dunia.Antaranya adalah
mereka sebenar menghantar orang yahudi di kalangan masyarakat kita untuk
menyelidik serta memerhati apa yang kita lakukan supaya mereka mudah untuk kuasai
dunia.Selain itu,mereka juga akan menghantar mesej-mesej yang tidak baik tanpa
kita sedari melalui hiburan seperti lagu dan cerita-cerita.
Selain itu,kita janganlah terlalu memikirkan perkara yang
tidak baik dan negatif sehingga menjadi paranoid seperti watak izham
tersebut.Hal ini demikian kerana sikap seperti ini akan membuatkan hidup kita sentiasa dalam
keadaan ketakutan dan tidak tenang.Walaubagaimanapun penulis menimbulkan tanda
tanya kepada saya samada adakah Zulaiha sebenarnya seorang yahudi ataupun tidak.
FARHAH AQILAH BINTI ABDUL AZIZ
A12SC0082
No comments:
Post a Comment