KARYA:AISA LINGLUNG
PENERBIT:LEJEN PRESS
Sperma Cinta karya Aisa Linglung,sebuah buku yang memadatkan pelbagai cerita pendek mengenai kisah yang
penulis adaptasikan dalam kehidupan seharian. Buku ini juga menceritakan
sejarah hidup penulis daripada tadika sehingga dewasa.
Namun sebelun itu,saya akan menceritakan sedikit mengenai
latar belakang buku ini.Melalui cover buku ini,terdapat pelbagai ‘fedback’ daripada mereka-mereka yang
mempunyai pengaruh dalam industri filem contohnya Fadzil Zahari,Penulis Skrip
Filem Kongsi,Bini-biniku Gangster,Pe3 dan Main Darah.Beliau mengatakan “Setiap
helaian sperma cinta telah merembeskan endorfinku di luar tahap sukatan biasa “.Selain
itu,menurut Engku Azmin-Produser TV “Kepuasan membaca blook ini semacam satu
perasaan lega dapa langsai hutang PTPTN.”Sebelum membeli buku ini,saya telah
membaca komen-komen yang terdapat diluar buku ini dan ianya jelas menunjukan
buku ini membawa gendre kelakar ataupun lucu.Malah,buku ini juga menjelaskan
bahawa 80% cerita didalam buku ini adalah cerita benar.Hal ini menguatkan saya
untuk membaca kerana ianya bukanlah rekaan semata-mata.
Bagi
pendapat saya,penulisnya seorang yang kreatif kerana dari mula say abaca buku
ini sehinggalah habis,penulisnya tidak mengenalkan watak utama dalam cerita
ini.Namun,para pembaca masih dapat mengikut jalan cerita ini.Ketika saya membaca
buku ini,apa yang saya rasakan adalah bagaikan seorang yang membaca diari
seseorang.Oleh itu,penulis amatlah kreatif kerana beliau dapat mengwujudkan
bahawa seolah-olah penulis menulis diarinya sendiri.Oleh itu,di permulaan
cerita sehinggalah akhir tiada nama bagi watak utama.
"kita bermula daripada Sperma,
bertarung
dengan yang lain dan kita menang"
Ayat diatas membawa
maksud yang dalam dan memberikan kesedaran kepada kita tentang asal-usul
kewujudan manusia.Jelas disini penulis memberikan suntikan semangat kepada
pembaca agar dapat menempuh segala
halangan dan cabaran sepanjang kehidupan harian kita.
"Libido turun anik tak menentu. Kelenjar
adrenalin mengepam laju reseptor androgen. Panas. Mata gua terus menjamah tajam
bodi solid bini gua"
Mula saya membaca ayat ini,terus saya mendapat
perbezaan antara novel-novel yang saya baca yang kebanyakannya keluaran kaki
novel.Melalui buku fisyen ini,saya mendapati bahawa penulis-penulisnya banyak
menggunakan bahasa yang sering digunakan oleh kita sepanjang kehidupan harian
kita dan mereka juga menggunakan bahasa yang dapat difahami dengan
segera.Namun,penulis meninggalkan tanda tanya kepada saya iaitu apakah Libido?
Di awal penceritaan ini,penulis menceritakan zaman tadika
watak utama.Bagaimanakah seseorang itu memulakan zaman persekolahannya.Pelbagai
kerenah dan telatah yang melucukan yang dapat mengembalikan noltagia pembaca
ketika mula-mula masuk ke zaman persekolahan.
Di pertengahan cerita pula,penulis
menceritakan pelbagai masalah yang bakal kita hadapi sepanjang kita membesar
yang mana dapat memberikan pengajaran di kemundiaan hari serta dapat
membentukkan seseorang itu menjadi matang dengan melalui pengalaman yang
dilalui.Bermula di peringkat university,yang menceritakan karenah-karenah
rakan-rakan yang mempunyai pelbagai pesonaliti dan bagaimana kita manghadapi
masalah tugasan(assignment),kewangan,keseronokan dan sebagainya.
Namun,apa yang menarik
perhatian saya adalah di peringkat berumah tangga.Disini lah banyak dugaan yang
betul-betul menguji tahap kesabaran dan tanggungjawab seseorang lelaki itu
sebagai ketua keluarga.Saya dapat melihat bagimana pemikiran yang matang dan
rasional amat penting dalam membuat sesuatu keputusan tersebut.
Kesimpulannya,buku ini
semmemangnya memberikan saya masa yang seronok sepanjang saya membacanya kerana
ia menyuntik elemen lucu .Malah,ia memberikan gambaran bagaimana kita
menghadapi hari-hari yang mendatang serta cabaran-cabaran yang bakal kita
hadapi kelak.
NAMA : MARTINI BINTI YAHYA
MATRIX NO :A12SC0086
NAMA : MARTINI BINTI YAHYA
MATRIX NO :A12SC0086
No comments:
Post a Comment