Buku Perindu Pelangi, hasil nukilan Siti Munirah A.
Rashid mengisahkan kehidupan seorang
pemuda bernama Akil yang menghadapi pelbagai cabaran dari kecil sehingga dewasa.Kehidupan akil berubah selepas perkenalannya dengan Isador, angkasawan misteri yang mencari kebenaran. Separuh novel ini, berlatarbelakangkan Tanah Besar China, manakala separuh yang
terakhir berlatarbelakangkan Malaysia.
Perindu
Pelangi sebuah novel Islamik yang sarat dengan nilai tauhid, nilai akhlak dan
nilai adab .Nilai-nilai ini digambarkan melalui perkembangan watak dan
pergerakan cerita yang lancar serta dialog-dialog yang segar. Selain itu,
terdapat juga nilai syariat yang digambarkan melalui aspek pergaulan dan cara
berpakaian watak-watak .Kisah dan konflik cinta dipaparkan dalam bentuk yang
sederhana, namun diselitkan nilai Islam yang indah .
Melalui
pembacaan saya ,novel ini banyak menceritakan
sejarah mengenai China terutamanya mengenai latar belakang monumen di China.
Setiap deskripsi yang ditulis mengenai Tembok Besar Cina, Dataran Tiananmen,
juga Kota Larangan tentang Tanah Besar China, khususnya Beijing membuatkan kita
berasa kagum dan rasa ingin melancong ke sana.Selain itu, penerangan yang
ditulis mudah untuk difahami pembaca.
Penceritaan kehidupan Akil di China disampaikan dengan baik. Ceritanya
meyakinkan, plotnya menarik dan bergerak laju, garapannya kemas dan tidak
meleret-leret.Dari gaya bahasa yang digunakan cukup baik , mudah difahami dan tersusun. Selain itu,
penulis banyak mengunakan teknik imbas kembali untuk menerangkan zaman
kanak-kanak Akil dan banyak juga unsur
yang membuatkan para pembaca tertanya-tanya seawal bab pertama lagi contohnya
siapakah Isador? , kenapa Wayne ingin membunuh Isador? Dan siapakah Akil ,
nama
Melayu yang disebut-sebut di tengah-tengah keluarga Cina?
Pada
saya kekurangan dalam novel ini ialah,
mengenai penceritaan watak Isador, iaitu seorang angkasawan Amerika Syarikat
yang muncul di sebuah daerah yang sangat asing
baginya iaitu China. Kisah Isador dalam cerita ini tidak dijelaskan dan
diperincikan membuatkan para pembaca tertanya apa sebenarnya yang berlaku.
Begitu juga dengan kisah Wayne/orang lain yang mengejar Isador
.Tidak digambarkan motifnya membuatkan
pembaca lebih tertarik untuk membaca kisah isador berbanding kisah watak utama.
Secara keseluruhannya,novel ini menarik untuk dibaca.
Nur Farihin Binti Muhamad
A12SC0061
No comments:
Post a Comment