Sepuloh Nama
Sahidzan Salleh
Buku yang diterbitkan oleh lejen press ini mengisarkan tentang penderitaan ,pembunuhan kejam dan kisah disebalik pembunuh itu sendiri. Bagi saya secara kasarnya cerita ini berkonsepkan misteri bermula dengan penemuan mayat perempuan berambut oren, Annastacia binti Mutalib tergantung di ruang tamu apartmentnya. Kematian perempuan tersebut mengundang kemusyhkilan detektif bernama Syaz apabila keadaan mayatnya yang hampir sama dengan keadaan mayat lima pembunuhan yang pernah berlaku 45 tahun yang lepas. Kesemua mangsa disyaki dibunuh dan mempunyai kesan jahitan di dada. Kesan jahitan itu dipercayai berpunca dari pembunuh yang membelah dada dan mengambil jantung setiap mangsa. Setiap mayat juga ditoreh nama masing-masing di dahi mereka dan diikatkan sehelai kertas tertulis ‘SEPULOH NAMA’ di ibu jari kaki mereka. Kes pembunuhan Anna ini juga berhubung kait dengan kes penculikan bekas pelajar Oxford yang menjadi pelacur , Maiza Munsyi. Cerita ini bertambah rumit dengan munculnya watak Alep Housman.
Penulis berjaya membuat pembaca tertanya-tanya motif pembunuhan dan siapa dalang disebalik pembunuhan tersebut dengan menyelitkan teknik-teknik flashback dalam penulisan. Penulis juga sering mewujudkan dan mencirikan suasana atau tempat bagi membolehkan pembaca berimaginasi sesuai dengan latar tempat cerita. Berkait isu-isu semasa pula, cerita ini turut menerapkan tentang isu-isu agama dan sikap masyarakat sendiri. Sebagai contoh isu agama, menerusi watak Alep, penulis berpendapat setiap penganut agama sepatutnya menghormati agama mereka dan budaya agama lain. Hal ini dikukuhkan lagi apabila Alep membayangkan semua manusia sedang mendiamkan diri atau menghentikan apa sahaja perbuatan yang mereka lakukan ketika azan sedang berkumandang sebagai simbolik atau tanda penghormatan mereka tidak kira mereka beragama lain atau sedang menikmati segelas bir. Saya berpendapat penulis sedang cuba untuk menghidupkan suasana masyarakat yang saling menghormati.
Apa yang digambarkan oleh penulis ini mungkin ada benarnya, tetapi saya agak tidak berpuas hati tentang suatu babak di dalam cerita ini yang mencirikan kelompok imam, paderi dan sami yang berada di tepi jalan memegang sepanduk masing-masing bertulis ‘pilihlah agama saya, anda akan masuk syurga’. Situasi ini seolah-olah merendahkan sendiri martabat sesetengah agama tersebut. Sebagai contoh, mengapa tugas seorang imam digambarkan sedemikian? Adakah seorang imam itu menyebarkan dakwah mereka dengan cara begitu? Saya faham apa yang ingin disampaikan penulis, dia cuba untuk menyelitkan secara tersirat tentang isu agama masyarakat yang semakin terok. Tetapi bagi saya, cara penyampaian tersebut agak tidak bersesuaian.Selain itu, penulis turut menerapkan unsur-unsur tidak bermoral seperti kes pencurangan pasangan yang sudah berumahtangga dan hubungan sulit antara pelajar dengan guru. Cara penulisan yang ditunjukkan mungkin agak keterlaluan kerana saya bimbang cerita ini menjadi sumber inspirasi atau mengundang gejala yang tidak sihat bagi sesetengah masyarakat.
Saya tidak pasti itu semua merupakan ideologi penulis sendiri ataupun penulis hanya ingin mewujudkan suasana di dalam cerita untuk masyarakat berfantasi tetapi bagi saya sesebuah cerita itu perlulah menjadi suatu yang membina untuk lapisan masyarakat. Tetapi tidak semua bahagian di dalam novel ini membawa keburukan kepada pembaca, ada juga nilai positifnya. Menerusi cerita ini, penulis dapat membuat saya memahami penderitaan kanak-kanak yang dibesarkan dalam keadaan keluarga yang porak peranda,dan mengetahui kesan negatif yang bakal terjadi kepada golongan masyarakat yang mempunyai masalah keluarga.

NUR AIN FARISHA MOHD
A12SC0268
No comments:
Post a Comment