Hafalan Shalat Delisa
Buku “Hafalan Shalat Delisa” merupakan salah sebuah novel yang menceritakan mengenai bencana Tsunami yang telah berlaku pada tanggal 26 disember 2004. Salah satu karya Tere Liye berasal dari negara Indonesia ini telah membawa semula kisah tragedi Tsunami yang telah melanda bandar Aceh pada waktu itu.Penulis telah berjaya menimbulkan kesan emosi yang mendalam pada pembaca dengan kisah seorang kanak-kanak berumur 6 tahun yang terpaksa mengharungi kehidupan yang getir setelah ibu dan kakak-kakaknya meninggal dunia dalam bencana tsunami yang telah meragut nyawa ribuan orang dan ditambah pula keadaan dirinya sekarang tidak lagi seperti kanak-kanak normal setelah Delisa kehilangan sebelah kakinya dalam bencana tersebut.
Dari
segi bahasa yang telah digunakan, novel ini mudah difahami dan dihayati isi
kandungannya, walaupun ada sesetenggah Bahasa Indonesia yang kurang difahami
maknanya.Antara kekurangan yang dapat dilihat dari novel ini adalah, Penulis
terlalu tinggi menggambarkan sifat tokoh dalam seorang anak yang berusia 6
tahun menerusi pemikiran Delisa yang agak luar biasa.
Keharmonian keluarga Ummi Salamah dan Abi Usman meresap jauh ke dalam
hati, bersama dengan nilai-nilai Islam yang telah dibawa dalam novel ini. Watak
Delisa yang ceria, lincah, dan banyak bertanya telah berjaya menghidupkan watak
utama. Namun begitu, apabila tiba klimaks cerita iaitu tsunami yang melanda
Aceh, atau lebih tepat lagi bab-bab liputan dunia tentang bencana itu,
segalanya mula terasa hambar. Bagi saya tsunami itu gagal diceritakan dengan
lebih berkesan, hanya sekadar menyebut beberapa negara dan reaksi mereka, juga penerangan
Lhok Nga usai tragedi yang kurang realistik.
Antara kelebihan kaedah bawa oleh penulis dalam novel ini, ialah
perasaan tidak berputus asa yang telah ditunjukkan oleh watak utama, Delisa yang
tidak pernah berputus asa menhafal bacaan solat.Delisa juga belajar sesuatu
yang diusahakan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
Sebagai
analoginya, sebelum Tsunami melanda dia hanya menhafal bacaan solatnya hanya
untuk mendapatkan seuntai kalung dari ibunya, namun selepai Tsunami melanda
Delisa melakukan hafalan solatnya dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan
apa-apa hadiah.Dalam novel ini juga terselit sedikit penggunaan teknik imbas
kembali dimana sewaktu Delisa terlupa bacaan solatnya, dia mengingati kembali
cara menghafal bacaan solat oleh kakaknya, Aisyah.
Nor Fatiha Binti Hissam
A12SC0055
2SSCC
A12SC0055
2SSCC
No comments:
Post a Comment