TAJUK BUKU : MURTAD
PENULIS : HASRUL RIZWAN
PENERBIT : FIXI
Novel ‘Murtad’ karya Hasrul Rizwan telah berjaya mengubah
persepsi saya sebagai pembaca yang pada mulanya meragui dengan tajuk buku ini.
Bertemakan urban dan kontemporari, ianya berkisarkan tentang kembar
adik-beradik yang ditugaskan untuk mengakhiri riwayat bagi setiap golongan
murtad yang hanyut dalam arus duniawi. Adam dan Akhil merupakan watak kembar
tersebut, berasal daripada utara dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari
pekerjaan setelah beberapa bulan kematian ibu mereka. Ayah mereka pula telah
lama meninggalkan mereka sebelum mereka lahir lagi. Walaupun tidak mendapat
kasih sayang daripada seorang ayah, keadaan ini menjadikan mereka lebih
mengenal erti kesusahan dan kepayahan.
Dunia
hiruk pikuk Kuala Lumpur telah menjadi simbol kepada kesibukan kota yang mereka
berada ketika itu. Permulaan kehidupan mereka di sana, mereka sempat
menyelamatkan insan-insan yang dalam bahaya dan daripada setiap kejadian
tersebut telah diperhatikan oleh seorang individu yang berjubah dan berkopiah yang
dirahsiakan pada awal permulaan penceritaan.
Sehingga suatu masa mereka berehat di sebuah masjid. Individu yang
berpenampilan jubah mengambil kesempatan untuk meninggalkan kad hitam tertera
syahadah yang bertulis jawi ketika mereka sedang nyenyak tidur.
Perjalanan
hidup mereka kemudiannya terlakar suka dan duka apabila menerima pekerjaan
sebagai pembunuh upahan untuk membunuh orang-orang murtad di sekitar Kuala
Lumpur setelah mereka ini semuanya telah diberi enam kali teguran untuk bertaubat.
Lelaki yang berjubah itu dikenali dengan Mr.T telah memberikan pekerjaan
sedemikian dan menyediakan kelengkapan untuk membunuh golongan-golongan yang
murtad ini di samping upah yang lumayan. Tugas mereka hanya menembak
orang-orang yang murtad mengikut nama yang telah dihantar kepada mereka.
Pelbagai
jenis manusia yang dihadapi mereka berdua menjadikan mereka sudah mahir
menggunakan pistol dan darah sebagai suatu perkara yang biasa. Namun begitu
pengarang tidak lupa kepada elemen percintaan dalam novel ini. Adam telah
menyelamatkan Maria dalam kebakaran dan sejak daripada itu dia tertanya-tanya
gerangan jejaka yang menyelamatkannya. Hubungan mereka makin rapat dan daripada
situlah pengarang meletakkan posisi Ghous sebagai ayah Maria yang mana
merupakan orang terakhir yang murtad bakal dibunuh oleh mereka berdua. Manakala
Akhil yang dipertemukan dengan Zulaikha dalam suatu malam yang tragis apabila
Zulaikha hampir diperkosa oleh orang suruhan Ghous iaitu DInggo.
Kemuncak kepada cerita dalam buku ini apabila berlaku pergelutan di rumah Ghous dan Maria pun terbunuh. Pada hari tersebut itu juga Adam mengetahui bahawa Mr T atau Talha adalah ayahnya dan dialah yang mengupah anaknya berdua sebelum ini. Ayahnya dibunuh. Tidak cukup dengan itu, Ghous menculik Zulaikha dan adiknya manakala ayahnya Pak Razak dibunuh di tangan Ghous. Adam dan Akhil datang menyelamatkan mereka dan akhirnya Ghous mati dibunuh di tangan Zulaikha sebanyak empat das tembakan setelah berlaku pergaduhan dan pergelutan antara Adam, Akhil dan orang suruhannya yang masih hidup.
Kemuncak kepada cerita dalam buku ini apabila berlaku pergelutan di rumah Ghous dan Maria pun terbunuh. Pada hari tersebut itu juga Adam mengetahui bahawa Mr T atau Talha adalah ayahnya dan dialah yang mengupah anaknya berdua sebelum ini. Ayahnya dibunuh. Tidak cukup dengan itu, Ghous menculik Zulaikha dan adiknya manakala ayahnya Pak Razak dibunuh di tangan Ghous. Adam dan Akhil datang menyelamatkan mereka dan akhirnya Ghous mati dibunuh di tangan Zulaikha sebanyak empat das tembakan setelah berlaku pergaduhan dan pergelutan antara Adam, Akhil dan orang suruhannya yang masih hidup.
Pengajaran
daripada buku ini adalah seharusnya kita tidak boleh membuat undang-undang
sendiri kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Apa yang dilakukan Adam dan
Akhil itu tidak mengikut syariat yang sebenarnya malah membahayakan diri mereka. Gejala
murtad dan gerakannya juga semakin berleluasa seperti yang digambarkan
pengarang. Umat islam seharusnya mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam
supaya tidak tersesat jauh.
MOHD RASHID BIN ADMON
A12SC0087
No comments:
Post a Comment