Tajuk Buku: GANTUNG
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: Fixi
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Diri ini baru-baru menjinakkan diri dalam membaca hasil keluaran buku independent, sememangnya karya-karya seperti ini telah menarik perhatian saya dari jalan cerita yang sempoi dari segi bahasa dan tidak memberatkan kepala serta pemikiran penulis-penulis yang mempunyai idea boleh menarik minat saya untuk terus menyelak ke halaman terakhir.
Penulis Nadia Khan merupakan saya kagumi setelah Kelabu (novel pertama beliau) dan sememangnya saya punyai harapan yang tinggi dari GANTUNG ini. GANTUNG merupakan novel kedua bagi Nadia Khan dan mempunyai 44 bab tidak termasuk epilog dan setebal 293 halaman. Boleh klasifikasikan novel ini sebagai seram yang boleh menyebabkan susah nak tidur malam,terbayang-bayang dengan adegan-adegan yang ditonjolkan oleh penulis. Namun, harus diingatkan untuk budak-budak bawah umur kerana mempunyai adegan-adegan yang tidak bersesuaian yang boleh ‘mencemarkan’ pemikiran mereka.
Sedikit sebanyak ringkasan daripada GANTUNG berkisar tentang empat remaja sekolah iaitu Gibbs, Ray, KJ, Troll yang bersekolah di sekolah asrama elit-Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang (SMCGT). Empat sahabat ini telah mencipta Musketeer Code iaitu peraturan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka mempunyai kekasih tetap tetapi perempuan yang didampingi oleh salah satu daripada mereka haruslah dikongsi bersama. Namun, salah seorang daripada mereka berempat telah melanggar peraturan tersebut dan seorang awek psiko iaitu Deepa telah menghuru- harakan hidup mereka dan menjadikan ‘senior year’ mereka tergantung di pertengahan.
Sejujurnya apabila sudah separuh saya membaca novel ini, saya keliru dengan jalan plot cerita ini kerana watak-watak sampingan iaitu Lina dan Jeremy yang terus diganggu oleh sejenis makhluk serta watak cikgu dan Khalil yang terus menjadi tanda tanya bagi saya kerana watak cikgu dan Khalil ini berkait rapat dengan watak utama. Persoalan saya terjawab di bab 36 tentang watak-watak yang ditonjolkan ini. Sememangnya penulis tidak mengecewakan saya dengan hasil nukilan beliau yang mampu menghentikan jari saya umtuk menyelak ke halaman seterusnya untuk saya ‘flashback’ adegan-adegan di bab-bab hadapan.
Secara keseluruhannya, apabila diteliti novel ini bukan sahaja seram, namun disebaliknya terdapat ikatan persahabatan diantara empat sahabat ini dan juga diselitkan juga kisah percintaan diantara Gibbs dan Fara yang tidak kesampaian kerana tersekat dengan dua dunia yang berbeza antara realiti dan ghaib. Penulis mungkin cuba menyampaikan bahawa semua yang dimiliki tidak semuanya kekal dan atas apa yang kita lakukan pastinya ada balasan yang kita mampu hadapi atau belum sedia hadapi.
Kesimpulannya, penulis sekali lagi telah menjadikan novel GANTUNG ini mendapat tempat di hati saya walaupun sesetengah adegan yang tidak boleh saya ‘kompromi’ dengan otak saya namun sememangnye penulis berjaya meletakkan saya di tempat menunggu bagi mendapatkan karya-karya Nadia Khan yang seterusnya.
NUR FATHIAH BINTI MOHD SAKIAM
A12SC0102
No comments:
Post a Comment