Tajuk : BABI!
Bercinta Di Balik Api
Penulis : Azwar
Kamaruzaman
Penerbit : Lejen
Press
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, setelah sekian lama hadam helaian demi
helaian jalan cerita novel ini,akhirnya dapat juga buat ‘review’ serba sedikit
jalan cerita novel ini. Babi! Bercinta Di Balik Api. Tajuk novel ini
sememangnya menimbulkan kontroversi yang menarik perhatian saya untuk membeli
dan mengetahui isi dalamannya. Hasil karya anak muda yang berasal dari Baling,Kedah,
Mohamad Azwar bin Kamaruzaman. Dengan ayat “Sanggup mereka menyamakan aku
dengan binatang haram,babi! Apakah aku yang bersalah?” membuatkan saya
tertanya-tanya jalan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis.
Novel
ini berkisar tentang seorang remaja lelaki yang merupakan anak luar nikah iaitu
Sulaiman, hidup bersama dengan ibu,abang dan kakaknya yang tiada pegangan
agama. Walaupun Leman di hina dan di maki oleh masyarakat sekeliling hanya
disebabkan dia anak luar nikah,tetapi dia tetap tabah dan cekal mengharungi
hidup sebagai hamba Allah. Hidup sebumbung dengan ibu yang merupakan seorang
pelacur, abang dan kakak yang melakukan sumbang mahram, Leman tetap berpegang
kuat dengan ajaran yang dipelajarinya. Akibat
sering di caci dan di maki, Leman berputus asa untuk menjejakkan kaki ke
sekolah,kerana dari awal loceng mula kelas sehinggalah loceng akhir, dirinya
sering di ejek dengan panggilan BABI. Azmi (Nazminatul Adilah Sofea) seorang
gadis tomboy sentiasa membantu Leman
meneruskan cita-citanya untuk belajar dengan bantuan kewangan ditanggung oleh
Shahidan,seorang anak jutawan yang meminati Azmi dalam diam.
Dalam novel ini,mengisahkan kehidupan
sebuah ‘broken family’, kehidupan seorang pelacur dan harapan seorang anak luar
nikah yang ingin dirinya diterima masyarakat sekeliling. Watak Paul
(Pauziah,ibu Leman) yang sememangnya ‘scary’ sering bermonolog bersama syaitan
(saka). Mungkin penulis cuba menyampaikan peperangan antara manusia dengan
nafsu dan syaitan (saka). Isu-isu akidah, akhlak dan kerutuhan moral masyarakat
turut dibangkitkan dalam novel ini. Kisah yang berlaku dalam kehidupan yang
mana haram dihalalkan, seperti bermain ‘nombor ekor’ untuk cepat kaya.
Pengakhiran novel ini di mana ibu dan bapa Leman bertukar menjadi babi,setelah
melakukan perbuatan terkutuk,maksiat. Sebagai seorang anak,Leman tetap
melaksanakan tugasnya berbakti kepada kedua ibu bapanya.
Pendapat saya, di awal bab novel
ini,penulis menghasilkan jalan cerita yang menarik dan membuatkan saya
ternanti-nanti apa yang akan berlaku. Sememangnya di dunia ini,anak-anak yang
berstatus ‘anak haram’ akan sentiasa di hina dan dicaci serta diabaikan. Namun,
watak yang ditonjolkan oleh Leman melambangkan betapa besarnya kesabaran yang
dimilikinya. Tapi, sedikit mengecewakan di akhir jalan penceritaan di mana
penulis mematikan watak-watak secara tragis. Kejadian yang menimpa ibu dan bapa
Leman sukar untuk dibayangkan. Mungkin penulis ingin mengingatkan pembaca dengan
kisah zaman Nabi Musa, iaitu kisah pemuda yang beribu bapakan babi. Pengajaran
yang boleh di ambil daripada novel ini, berbaktilah kepada ibu bapa
walaubagaimanapun keadaan mereka.
NURUL IZZATI BINTI MUHAMMAD
A12SC0111
No comments:
Post a Comment