TAJUK BUKU : AKU
RINDU 90’s
PENULIS : WAN
SHAFIQ
PENERBIT : LEJEN
PRESS
Kebanyakan kawan-kawan
mungkin tidak asing lagi dengan buku-buku terbitan Lejen Press.Tapi bagi
saya,Lejen Press sangat asing.Saya tak pernah tahu wujudnya penerbit buku Lejen
Press.Selama hidup di muka bumi ni,yang akan terlintas di fikiran apabila
bercerita tentang buku adalah PTS, Alaf 21, Buku Prima, Karya seni,
Karangkraft, Telaga Biru dan beberapa penerbit lain.
Mengapa saya memilih Aku
Rindu 90’s ?Kawan-kawan ada berkata,sebelum membeli buku,baca sinopsis yang
ditulis di kulit belakang buku.Tapi bagi saya,kulit luaran buku serta tajuk
buku sangat menarik perhatian berbanding sinopsis dan buku Aku Rindu 90’s ini
saya beli memang kerana kulit luarannya bagi saya sangat menarik dan ringkas serta
tajuk buku ini sendiri.Buku ini hanya terdapat 136 muka surat.
Pada pendapat saya,jalan
cerita, gaya penulisan serta bahasa yang digunakan sangat ringkas dan menarik.Penceritaan
tentang masa lalu bagi seorang pemuda yang dilahirkan pada penghujung tahun
80-an dan membesar serta melalui pelbagai pengalaman hidup sebagai
kanak-kanak,juga seorang remaja pada tahun 90-an.Sebagai pembaca yang
dilahirkan pada awal tahun 90-an,saya berasa sangat dekat dengan semua cerita
yang ditulis di dalam buku ini.
Shafiq atau lebih mesra
dengan sapaan Cech iaitu penulis buku ini sendiri merupakan watak utama dalam
buku ini.Saya tertarik dengan penceritaan penulis tentang Ayu,seorang
kanak-kanak perempuan tidak berbaju,berseluar pendek dan menyerupai lelaki yang
mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan penulis sewaktu kecil sehingga
jarak memisahkan mereka.Kisah mengenai Ayu diceritakan oleh penulis sehingga ke
penghujung penulisan penulis di dalam buku ini.
Di dalam buku ini juga
Penulis ada meluahkan pendapat tentang pemikiran sekular masyrakat mengenai
kerjaya dan pendidikan di sekolah.Kebanyakan masyarakat beranggapan kerja makan
gaji lebih elok jika dibandingkan dengan bekerja sendiri seperti berniaga serta
anggapan mengenai kegagalan didalam peperiksaan seperti UPSR,PMR dan SPM akan
menjadikan seseorang itu merana.Merana pada anggapan mereka adalah tidak
memperolehi kerjaya makan gaji.
Penulis juga menceritakan
pengalamannya menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM.Pengalaman
penulis meniru rakan sebelahnya,Shazwan semasa menjawab kertas matematik kertas
1 dan 2 semasa PMR juga merupakan antara pengalaman yang menarik diceritakan
oleh penulis.Bagi pembaca seperti saya yang dilahirkan pada awal tahun 90-an,
semua pengalaman yang diceritakan sangat dekat dengan kehidupan kanak-kanak
saya.Saya sangat terhibur sepanjang membaca buku ini dan dengan kata lain,saya
sangat suka buku ini dan tidak berasa sia-sia membelinya hanya kerana kulit
luaran serta tajuk yang begitu menarik perhatian saya.
-SITI HASZRIENA BINTI TAMAN-
-A12SC0113-
-CRITICAL THINKING,SEKSYEN
21-
|
No comments:
Post a Comment