Tajuk : Gergasi
Penulis : Khairul Nizam Khairani
Novel
merupakan sebuah buku yang agak asing bagi saya kerana saya bukan
pencinta novel. Ini merupakan novel pertama saya baca untuk dihayati dan
seterusnya membuat sebuah “novel review”. “Independent Local
Publisher”, satu isitilah yang pada mulanya sedikit pun tidak saya
fahami. Penjelasan telah terungkai setelah kawan saya menerangkan dengan
mendalam kepada saya. Pilihan buku yang telah saya buat ialah dari
terbitan “FIXI”.
Memandangkan ini merupakan novel pertama yang
akan saya hayati. Saya telah memilih sebuah novel yang bersesuaian
dengan kehendak naluri saya. “Gergasi”, daripada segi tajuk sahaja ia
telah membuatkan saya tertarik untuk membaca buku ini. Ini kerana saya
telah menetapkan bahawa saya tidak akan memilih novel yang melibatkan
percintaan. Tidak dinafikan bahawa novel ini juga turut mengandungi
babak cinta tapi secara keseluruhannya penulis tidaklah menceritakan
tentang cinta.
Novel ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang
bernama Rizal yang berupaya untuk berubah menjadi tentera sut perisai
dengan bantuan sejenis alat yang dinamakan sebagai Device of Activator
Armor Ninates (DEMON). Alat ini merupakan sejenis alat yang telah
dicipta pada tamadun masa hadapan. Oleh kerana berlakunya kemalangan
tidak diduga, alat ini telah menghasilkan “Worm Hole” yang menyebabkan
pemilik alat tersebut telah kembali ke masa silam. Selang beberapa tahun
selepas itu, alat itu telah menjadi artifak yang unik disimpan dalam
sebuah muzium, kehadiran Rizal telah membuatkan alat itu menteleportasi
kedalam badan Rizal kerana Rizal mempunyai DNA yang sama dengan pemilik
asal alat tersebut iaitu Kapten Aman.
Banyak pergelutan telah
berlaku disepanjang penceritaan novel ini. Musuh utamanya yang
diceritakan ialah Hu Xien, dia merupakan seorang yang datang dari masa
hadapan yang bermusuhan dengan Kapten Aman, oleh kerana Rizal mempunyai
pertalian darah dengan Kapten Aman, Hu Xien menganggap dengan membunuh
Rizal akan menyenangkan hatinya. Permusuhan antara Hu Xien dan Rizal
telah melibatkan campur tangan Xing Sun Cheng dan Jade System
Corporation, yang dimana mereka ini mempunyai agenda tersendiri
disebalik bantuannya kepada Rizal. Ini membuatkan saya lebih meneliti
setiap perkara yang berlaku yang menyumbang kepada pertempuran antara
sesuatu pihak yang diceritakan dalam novel ini.
Mengenai kisah
percintaan dalam novel ini, penulis menggambarkan cinta yang tulus
ikhlas dari dalam diri seseorang. Penulis menceritakan tentang bagaimana
cinta seseorang itu telah berpindah kepada orang lain disebabkan oleh
sikap seseorang itu. Cik Nuraini yang pada mulanya menyayangi Rizal,
tetapi cintanya telah berubah kepada sahabat karib Rizal, iaitu Anwar.
Pada masa yang sama, Cik Regina yang merupakan ketua unit kepada Rizal
dalam diam mula mencintai Rizal.
Keseluruhannya, novel ini memang
sangat menarik kerana ia melibatkan teknologi canggih pada masa kini
dan masa hadapan, boleh dikatakan ada gaya seperti cerita “Transformers”
dan juga “RoboCop”. Penulis juga ingin memberi contoh bagaimana
sifat-sifat menjadi rakan karib yang terbaik seperti yang dimainkan
watak Rizal dan Anwar. Pengakhiran cerita ini juga amat menggembirakan,
dimana Rizal telah berjaya dalam pertempurannya, dan juga pengakhiran
cinta antara mereka, dimana Rizal bersama Cik Regina dan Anwar bersama
Cik Nuraini.
Penulis juga telah berjaya menarik minat saya untuk membaca banyak lagi novel yang menarik.
Muhamad Hanis Bin Nasir
A12SC0088
No comments:
Post a Comment