Tajuk : Contengan Jalanan
Penulis : Hlovate
Penerbit : Jemari Seni
Contengan jalanan merupakan satu buku yang mampu menimbulkan satu inspirasi dari satu sudut yang bagi saya yang tidak disangka-sangka. Buku ini mampu membuka minda para pembaca tentang persoalan yang pernah terlintas di dalam hati namun persoalan itu akhirnya kita kuburkan tanpa jawapan.
Contengan jalanan menceritakan tentang dua watak utama iaitu Fend dan Ku Kumaruzzaman atau K2 yang merupakan sahabat karib sejak dari kecil sehinggalah ke universiti. Kedua-duanya berbakat dalam bidang seni lukis dan musik sehinggakan mereka mempunyai kumpulan band sendiri iaitu Creepy Hues. Erti Hidup pada mereka hanyalah musik, berus, kertas kanvas, kemera dan duit. Itulah yang Fend rasakan sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis yang bernama Lia. Ungkapan Lia yang membuat Fend mula berfikir apakah sebenarnya yang dikatakan hidup, "The man that decide to change at 12th hours but he dies in 11th hour".
Persoalan mengenai ungkapan itu menjadi mainan di dalam fikiran Fend, sehinggalah Chad, sepupu Fend mengajaknya ke Australia. Di sana bermulalah pencarian Fend dan Chad mengenai erti hidup dan apa yang menyebabkan mereka terasa kosong walaupun bagi mereka ada segalanya.
Pemergian Chad membuka mata Fend, dan perubahan pada diri Fend menjadi persoalan bagi K2. Apa yang menyebabkan Fend berubah 180 degree? itu menjadi persoalan bagi K2. Namun ketika Fend membawa K2 pergi bermusafir di Australia di tempat dia dan Chad pernah pergi dulu, K2 masih terpinga-pinga dengan apa yang Fend cuba sampaikan. Lalu dia cuba mencari jawapan dengan merantau ke Indonesia.
"Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (al-quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sesungguhnya Allah benarMaha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu"
~al-Hadiid[57:9]~
Saya tidak pernah sangka ada novel seperti ini
-Wan Muhammad Afiq bin Wan Muhamad Fauzan-
-A12SC0274-
No comments:
Post a Comment