Tajuk buku yang saya
sudah baca ialah ‘Ajaib’. Banyak perkara boleh kita belajar daripada buku ini
untuk dijadikan pengajaran dalam hidup kita. Saya akan menceritakan sinopsis
penceritaan mengenai buku tersebut.Watak utama dalam buku ini ialah Izaq. Dia beumur
12 tahun dan mempunyai seorang rakan kamcingnya iaitu Firdaus. Kehidupan mereka
berdua ini berbeza dari segi taraf hidup dan suasana kehidupan. Izaq seorang
yang sederhana kaya yang mempunyai keselesaan hidup manakala Firdaus pula
seorang yang miskin dan selalu kecewa dengan hidupnya.
Berbalik pada tajuk
buku ini, Izaq memiliki satu kelebihan di mana dia mempunyai deria keenam iaitu
boleh melihat makhluk lain tatkala orang lain tidak dapat melihat. Bagi Izaq,
ia merupakan satu musibah kerana boleh mengganggu emosinya. Izaq mempunyai
ramai kawan sekelas iaitu Firdaus, Rosyaimi, Umar,Helmi, Aidil, Nazrin, Fatin dan Afifah. Afifah seorang yang
kaya, cerdik, berkepimpinan dan mendapat pengiktirafan sebagai ‘iron girl’.
Tetapi hidupnya sangat tertekan kerana menghadapi kesunyian yang melampau. Oleh
sebab itu, dia mengambil keputusan untuk mencari teman lelaki dan membuat
perkara yang haram. Akibat tekanan perasaan yng melampau dia telah melakukan
percubaan untuk membunuh diri.Namun, Izaq telah mengubah membantu Afifah dalam
mengatasi kesulitan ini. Dia membawa Afifah berjumpa dengan cikgu kaunseling
iaitu Cikgu Zhafran.
Firdaus pula tertekan
dengan tingkah laku Pak Su dia yang suka mengambil duit maknya untuk membeli
benda-benda yang mengarut seperti azimat, tangkal dan sebaginya. Pak Su nya
seorang homoseksual dan Izaq hamper dua kali menjadi mangsanya. Firdaus juga
cuba untuk membunuh diri akibat tidak tahan dengan perangai Pak Su nya itu.
Akhirnya Pak Su nya meninggal dunia akibat dilanggar lori suasana kembali
tenang.Fatin seorang budak yang comel dan Izaq selalu memerhatinya. Izaq bukan
memerhati Fatin tapi memerhati makhluk kecik yang mengikuti Fatin. Ada suatu
ketika di mana Izaq membaca ayat al-Kursi kepada Fatin dan makhluk itu tidak
selesa sekaligus menyebabkan meracau. Makhluk itu dihantar oleh seseorang iaitu Norman, adik ayah Fatin.
Izaq mempunyai perasaan
pada seorang junior yang bernama Nadhirah. Suatu hari Nadhirah kemalangan dan
meninggal di tempat kejadian. Izaq tidak tahu mengenai perkara tersebut dan
masih melihat kelibat Nadhirah di sekolah. Akhirnya Izaq mendapat penjelasan
daripada rakannya dan memikirkan ‘Nadhirah’ yang dia lihat selama ini. Izaq
mempunyai seorang rakan senior Form 2 yang bernama Fa’iq. Fa’iq juga memiliki
kelebihan istimewa di mana dia boleh membaca fikiran orang. Oleh itu , dia tahu
mengenai makhluk yang selalu difikir-fikirkan oleh Izaq dan faham apa yang
terjadi. Kisah ini disudahi dengan persoalan yang timbul kepada Izaq tentang
makhluk yang menggangunya itu.
Antara pengajaran yang
boleh diambil ialah kita hendaklah selalu menolong rakan-rakan sewaktu mereka
susah kerana mungkin kesusahan itu mungkin boleh menimpa diri kita juga seperti
yang dilakukan oleh Izaq. Izaq menolong semua kawanya yang dalam kesusahan seperti
Afifah,Fatin, Rosyaimi, Aidil dan Umar. Selain itu, kita janganlah meninggalkan
perintah Allah walau apa yang terjadi kerana ia boleh menyebabkan kehidupan
kita menjadi tidak tenang.Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (QS ar-Ra’du:28)
MOHAMAD SHAHIIR BIN SAIDIN-
-A12SC0257-
-CRITICAL THINKING,SEKSYEN 21-
No comments:
Post a Comment