Tajuk buku: Samar.
Penulis: Dayang Noor.
Penerbit: Buku Fixi.
Samar.Buku ini dikarang Dayang Noor yang menyelitkan
unsur-unsur misteri dan cemas dalam gaya penyampaian tulisannya. Buku ini
mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang menghadapi konflik hidup yang sangat
kritikal.
Sahar Jaya merupakan sebuah syarikat terkenal
yang diterajui oleh Datuk Sahar selama berpuluh tahun.Syarikat ini begitu maju
apabila berjaya mendapatkan
tender-tender besar. Datuk Sahar
begitu mementingkan harta kekayaannya dan tidak mahu empayarnya jatuh ke tangan
mereka yang tidak sepatutnya. Justeru itu,Datuk Sahar telah mengarahkan agar
anak-anaknya berkahwin dengan anak-anak rakan seperniagaannya. Namun
begitu,perkahwinan tanpa persefahaman membawa derita apabila perkahwinan anak
bongsunya,Athirah bersama bekas suaminya,Mazhar berakhir dengan penceraian.
Datuk Sahar begitu optimis dengan pendiriannya tanpa menghiraukan perasaan
anaknya sendiri apabila sekali lagi dia merancang perkahwinan Athirah yang
kedua dengan menjodohkan dengan Syed Ammar sebagai pengganti untuk menerajui
syarikatnya kerana tidak mempercayai anak-anak lelakinya sendiri.
Novel ini banyak
menceritakan tentang ketamakan seorang yang bergelar manusia mengejar kekayaan dunia apabila berlakunya
siri pembunuhan kejam yang dirancang
rapi walaupun mangsa mereka adalah darah
daging sendiri. Dalang bagi siri pembunuhan yang melibatkan ahli pernigaan ini
adalah anak Datuk Sahar sendiri iaitu Kamarul
Hisyam dan perempuan simpanannya,Kelly@Khalida Azwa. Bagi mereka,nyawa manusia
tiada nilainya.
Apabila diri
jauh daripada Allah,berlakulah pelbagai perlakuan maksiat yang begitu ditegah
agama islam seperti zina. Harta,wang
ringgit dan seks seringkali menjadi tumpuan utama golongan elit negara ini.
Shahrul Amin,adik kepada Kamarul Hisyam turut terjebak dengan perbuatan
terkutuk apabila melanggan seorang pelacur yang telah berusia untuk melepaskan
nafsu serakahnya hampir setiap malam walaupu dia telah dikurniakan seorang
isteri yang baik bernama Munirah. Manusia tidak pernah rasa cukup dengan
kurniaan Allah.
Novel ini juga
menceritakan disebabkan oleh desakan hidup yang memerlukan kos sara hidup yang
tinggi,manusia sanggup menggadai harga diri untuk mendapatkan sesuap nasi. Walaupun
Alina memilih pekerjaan yang hina itu, Alina masih lagi mengamalkan cara hidup
bermasyarakat apabila dia prihatin
terhadap jiran tetanggannya.Namun begitu, kemungkaran tetap kotor,tidak mampu
menghalang kemurkaan Allah melainkan bertaubat,Ibarat sekeping hati yang
inginkan ketenangan,segala kekotoran perlu dibersihkan sebelum diserapkan nilai-nilai murni.
Pengakhiran novel
ini agar samar apabila penulis membiarkan watak Kamarul Hisyam,Amin dan Kelly
terus’ hidup’ tanpa mereka mendapatkan balasan yang setimpal kerana berlaku
kejam.
Kesimpulan daripada keseluruhan kisah didalam novel ini ialah apabila manusia hidup
tanpa ‘roh’ Islam dalam diri,mereka akan
memperlakukan manusia mengikut hawa nafsu.
Kekejaman,ketidakwarasan dan penipuan akan menjadi suatu kebiasaan dalam
hidup seorang manusia apabila hidup mereka hanya sekadar mencari keseronokan.
NUR SAHADAH BINTI SATARI
A12SC0103
No comments:
Post a Comment