Tajuk: The Seven Samurai
Pengarah: Akira
Kurosawa
Assalamualaikum dan salam
sejahtera..
Filem "Seven
Samurai" adalah filem hitam putih arahan Akira Kurosawa yang merupakan pengarah
terkenal di Jepun.Durasi filem ini sangat panjang iaitu 207minit tetapi filem
ini bergerak cepat kerana jalan ceritanya yang jelas.Saya memilih cerita ini
kerana Antara cerita yang ditawarkan saya lebih tertarik mengenai cerita yang
berlatar belakangkan budaya masyarakat Jepun di sekitar tahun 1950-an.
Pada mulanya
cerita "Seven Samurai" ini sama sekali tidak menarik minat saya kerana ceritanya
hanya menggunakan wayang hitam putih sahaja tetapi semakin lama cerita ini saya
lihat mempunyai jalan cerita yang menarik dengan pelbagai mesej yang ingin
disampaikan oleh pengarah. Apa yang
menarik disini pengarah menonjolkan tentang budaya masyarakat Jepun yang
mempunyai kasta tersendiri dimana pada zaman tersebut golongan petani dan
samurai tidak boleh bercampur antara satu sama lain disebabkan kasta yang
berbeza.
Kemudian,
kehadiran samurai-samurai ini tidak disambut baik oleh penduduk kampung kerana
mereka merasa takut dan risau akan samurai yang suka menentang dan menganggu
anak-anak perempuan mereka. Demi mempertahankan kampung dan hasil tanaman
mereka,akhirnya penduduk kampung bersetuju untuk bekerjasama dengan
samurai-samurai tersebut. Di samping itu, dalam cerita ini menunjukkan sikap
seorang ketua yang sangat tenang dan bijak dalam mengatur strategi.
Terdapat unsur
percintaan yang cuba ditonjolkan oleh pengarah iaitu antara samurai Katsushiro
dan Shino. Shino merupakan seorang anak petani dan hanya satu-satunya watak
perempuan yang terdapat dalam filem ini.Walaubagaimanapun, kisah percintaan
mereka dihalang oleh bapa Shino kerana perbezaan kasta antara mereka.
Cerita ini
berakhir dengan kejayaan menyebelahi penduduk kampung yang berjaya mengalahkan
kumpulan perompak tetapi empat daripada tujuh orang samurai telah terkorban
dalam peperangan akhir mereka.
Secara
keseluruhannya, filem ini agak menarik dan terdapat beberapa mesej yang cuba
disampaikan. Misalnya, walaupon hanya berbekalkan senjata yang serba kekurangan
dan tidak canggih tetapi dengan strategi yang dirangka dengan baik akhirnya
mereka menang dan berjaya mempertahankan kampung tersebut. Selain itu, saya
juga dapat belajar dan mengenali tentang budaya dan kehidupan masyarakat Jepun
di sekitar tahun 1950-an. Akhirnya, saya sangat kagum walaupon cerita ini yang berwayangkan hitam putih sahaja juga mampu dikenali diseluruh dunia sehinngga kini.
FARHAH AQILAH BINTI ABDUL AZIZ
A12SC0082
No comments:
Post a Comment