GOODFELLAS
Berdasarkan kisah benar. Cerita ini terbitkan pada 12 September 1990 dan diadaptasikan daripada buku “Wiseguy” hasil karangan Nicholas Pileggi yang berlatarbelakangkan tahun 1955 ke 1980. Cerita ini berteraskan persahabatan.
Cerita yang mengambil masa 2 jam 25 minit ini berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Henry Hill dilakonkan oleh Ray Liotta yang bercita-cita untuk menjadi seorang gengster. Henry yang berketurunan Irish-Amerika sanggup bekerja dengan sekumpulan gengster walaupon masih bersekolah demi mencapai cita-citanya. Dia melakukan pelbagai kerja untuk terus berada di bawah lindungan gengster.
Henry telah berkahwin dengan Karen dan mempunyai dua orang anak perempuan walaupon pada mulanya Karen tidak mengetahui pekerjaan sebenar Henry kerana Henry telah menipu Karen dengan mengatakan dia adalah seorang buruh binaan. Perkahwinan mereka sangat berantakan kerana Henry mempunyai perempuan simpanan.
Selepas dipenjarakan selama 4 tahun atas kesalahan mengugut, dia mula mengedar dadah dan menghasilkan dadah tersebut di rumah salah seorang perempuan simpanannya. Pada pengakhiran cerita, Henry mempunyai masalah kerana aktiviti pengedaran dadah. Akhirnya, dia menyerah diri dan dipenjarakan.
Kesimpulannya, mesej yang ingin disampaikan ialah pemilihan kawan yang baik akan membawa kita menjadi baik dan sebaliknya.
NURUL HUDA BINTI MUHD YUSOF
A12SC0108

No comments:
Post a Comment