TAJUK : SEVEN SAMURAI
PENGARAH : AKIRA KUROSAWA
PENGARAH : AKIRA KUROSAWA
Bismillahirrahmannrrahim..
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Saya agak sukar untuk memahami cerita
ini. Pada awalnya, cerita ini agak
membosankan, tetapi lama kelamaan ia menjadi semakin menarik. Durasi filem ini agak lama iaitu 207 minit
bersamaan 3jam 27minit jika hendak dibandingkan dengan filem biasa iaitu sekitar
2jam sahaja.
Satu daripada kebenaran hakiki dari cerita
‘Seven Samurai’ adalah para samurai dan pekebun adalah daripada kasta yang
berbeza yang tak akan boleh bercampur.
Cadangan untuk mengupah samurai ditentang oleh beberapa orang penduduk
kampung kerana mereka takut jikalau anak perempuan mereka diapa-apakan. Tetapi, kedatangan perompak membawa ancaman
besar kepada penduduk kampung. Mereka berjanji akan datang lagi apabila semua
tanaman mereka sudah berhasil kelak memaksa mereka untuk mengupah samurai supaya
dapat mengawal keselamatan dan tanaman mereka.
Terdapat beberapa gambaran untuk dikritik
dan dipersoalkan. Terlalu lama masa yang
diambil untuk menceritakan sesuatu kejadian dan ini membuatkan cerita ini agak
menjengkelkan. Contohnya, pengarah
menunjukkan terlalu lama shot kaki kuda menendang di dalam lumpur sehingga
membuatkan saya berfikir “kuda ni tiada kepala ke?” Penggunaan muzik juga kedengaran agak moden
jika hendak dibandingkan dengan budaya zaman itu adalah tidak sesuai sama
sekali.
Pemilihan para pelakon adalah sangat
bersesuaian dengan jalan cerita ini. Dimulakan dengan watak Kambei, ketua
samurai, yang sangat hebat, bijak, tenang dan berkaliber. Dia juga pandai merancang strategi untuk
menentang perompak-perompak yang mendatang. Watak Shino sebagai anak perempuan
pekebun dalam cerita itu sangat menonjol kerana hanya dia seorang sahaja watak
perempuan yang ditampilkan sebagai watak utama.
Kadang-kadang, watak Shino agak kelakar, kerana sebagai seorang
perempuan yang agak tidak malu untuk meluahkan perasaan kepada Kyuzo, yang juga
merupakan seorang samurai.
Bagi saya, watak Kyuzo amatlah
menjengkelkan kerana, dia hanya membiarkan Shino dibelasah teruk oleh bapanya
selepas mereka diketahui ‘bersama’. Bapa
Shino amat marah apabila mengetahui hal ini kerana bagi mereka, samurai dan
pekebun tidak boleh disamakan darjatnya. Kyuzo langsung tidak bertanggungjawab
atas perbuatannya.
Tetapi, watak ini meninggalkan tanda tanya
kepada penonton. Adakah Kyuzo akan bersama dengan Shino semula? Kerana cerita
ini diakhiri dengan Shino dan Kyuzo
membawa haluan mereka masing-masing.
Banyak watak yang mati diakhir cerita ini.
Tetapi, keganasan bukanlah tunjang utama cerita ini. Ia lebih mengisahkan
tentang peranan sosial dalam hidup bermasyarakat.
Bagi saya, jalan cerita ini sangat menarik
sekali. Keseluruhannya, saya memberi 4bintang. :)
-NUR FARAHAIN BINTI MOHAMAD-
A12SC0101
2SSCE
No comments:
Post a Comment