Thursday, 22 May 2014


TAJUK FILEM: PULP FICTION
            Pulp Fiction merupakan filem karya Quentin Tarantino bersama Roger Avary.  Pulp Fiction merupakan filem berunsur jenayah.  Filem ini telah diterbitkan pada tahun 1994.  Cerita ini secara keseluruhannya berkisar tentang Jules Winnfield dan Vincent Vega adalah dua orang pembunuh upahan yang berusaha untuk mengambil tembaga majikan mereka yang dicuri.  Marsellus Wallace merupakan ketua mafia yang yang mengupah mereka.  Vincent juga ditugaskan untuk menjaga isteri Marsellus yang bernama Mia. 
            Pada pandangan saya filem ini sukar difahami kerana jalan certanya tidak linear.  Filem dibahagikan kepada tiga plot yang berasingan.  Setiap plot mempunyai jalan cerita yang agak berlainan.  Ini kerana, di awal filem di sebuah kafe terdapat dua orang perompak yang sedang merancang strategi untuk merompak.  Namun demikian, saya tertanya-tanya apakah kaitan mereka berdua dengan pelakon utama.  Ini merupakan kreativiti pengarah dalam mengolah cerita untuk menimbulkan unsur suspen.
            Seterusnya, Filem tersebut bercerita tentang seorang petinju yang bernama Butch.  Butch diminta mengalah kepada Marsellus dalam pertandingan tinju.  Tapi akhirnya, Butch membunuh lawannya menyebabkan dia menjadi buruan Marsellus.  Namun Butch dilepaskan atas sebab- sebab tertentu kerana telah menyelamatkan Marcellus sewaktu mereka ditangkap.
            Walaupun filem ini mempunyai plot yang sukar difahami, namun kekuatan utama filem ini adalah lebih tertumpu kepada pengolahan watak yang menarik.  Contohnya watak Jules dan Vincent yang selalu bertikam lidah kerana perkara yang remeh mewujudkan unsur yang jenaka.  Penonton tidak akan merasa kebosanan.  Selain itu, watak Jules juga amat menjadi sebagai seseorang yang telah insaf dan sentiasa bercakap tentang ayat di dalam alkitab iaitu Ezekiel 25:17 sebelum membunuh orang. Bukankah tindakan membunuh orang itu salah?  Jules telah menggunakan alasan agama untuk menghalalkan perbuatan jahatnya.
            Pulp Fiction pada pandangan saya tidak sesuai ditonton oleh lapisan masyarakat di bawah umur kerana penggunaan bahasa-bahasa kesat dan kotor berleluasa sepanjang cerita sehingga menenggelamkan dialog-dialog yang lain. 

Kesimpulannya, filem ini amat menarik kerana olahan filem unik dan kreativiti pengarah terselah apabila berjaya menghasilkan filem seperti ini.  Namun ianya amat sukar difahami kerana jalan cerita yang tidak teratur.  Setiap plot mempunyai kaitan yang tidak dapat kita ungkapkan sekiranya kita tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa menonton.

DISEDIAKAN OLEH:JOSEPHINE ANAK GEORGE JIMBUN (A12SC0085)
                         2SSCE


No comments: