GOODFELLAS (MARTIN SCORSESE)
Goodfellas, filem arahan Martin Scorsese
merupakan sebuah filem yang berdasarkan kisah benar. Filem ini juga
berlatarbelakangkan New York pada tahun 1970. Filem ini juga ditayangkan
seperti sebuah diari kerana dari awal filem, ada suara latar yang mengiringi. Secara
keseluruhannya, filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gangster.
Bermula dari zaman kanak-kanaknya, Henry (Ray Liotta) bercita-cita untuk menjadi seorang
gangster. Hal ini kerana terpengaruh dengan kehidupan di sekelilingnya yang
menunjukkan bahawa anggota polis pun tidak dapat membendung kegiatan tidak
bermoral golongan tersebut.
Permulaan cerita ini agak mengejutkan apabila
dipaparkan dengan babak melarikan mangsa bunuh menggunakan kereta Henry pada
tengah malam. Kemudian diikuti dengan babak ulang tayang mengenai bagaimana
Henry boleh terjebak dalam gejala gangsterism. Sehingga dia berkahwin dan
mempunyai dua orang anak, kehidupan Henry sangat mewah. Malah, pernah sekali
Henry dimasukkan ke dalam penjara. Namun, perkara tersebut tidak langsung
memberi kesan kepada Henry untuk berhenti atau insaf. Pengakhiran filem ini
pula agak menarik apabila Henry akhirnya insaf dan menjadi saksi kepada
konspirasi yang pernah dilakukannya.
Keseluruhan cerita ini agak menarik kerana mendedahkan
pergaulan dan kehidupan sebenar dalam kalangan gangster. Filem seperti ini juga
memaparkan budaya Barat yang bercanggah dengan budaya di Timur. Sepanjang dua
jam lebih saya menonton filem ini, ada
beberapa perkara yang perlu saya fikir semula untuk memahami mesej yang ingin
disampaikan.
NURUL IZZATI BINTI GHAZALI
930926015144
No comments:
Post a Comment