Filem arahan Martin Scorsese ini diterbitkan pada tahun 1990
belatarbelakangkan New York City sebagai set penggambaran. Filem ini bekisarkan
seorang anak muda bernama Henry Hill yang sedari kecil bercita- cita menjadi
seorang gangster yang boleh melakukan apa sahaja mereka suka asalkan mereka
berkuasa.
Henry berketurunan separuh Irish dan separuh
Silicy(asal-usul mafia) cenderung untuk menjadi seorang gangster kerana hidupnya
dikelilingi jiran mafia. Henry
terpengaruh dengan gaya hidup mafia sejak dia berumur sebelas tahun(darjah
enam). Ayah Henry membelasah Henry setelah menghidu kegiatan buruknya ponteng
sekolah sebaliknya menyertai kegiatan mafia. Justeru itu, Henry meminta bantuan
bosnya iaitu Paul Cicero mengugut
ayahnya agar tidak masuk campur urusan kerjanya itu.
Selepas beberapa lama bekerja
dengan mafia di kawasan kejiranannya,Paul Cicero memperkenalkan Jimmy Conway
kepadanya.Henry begitu kagum dengan Tommy kerana Tommy amat disegani dan
ditakuti oleh masyarakat setempat. Tommy merupakan seorang yang kaya kerana
menyeludup rokok secara besar-besaran di kawasan tersebut. Kedudukan Henry
semakin mantap apabila menyertai Jimmy dan Tommy.
Henry
pernah ditangkap polis kerana membantu Tommy mengedar rokok kepada pelanggan
dikawasan sekitar. Selepas itu, Henry dibebaskan setelah peguam di mahkamah dirasuah Tommy. Perbuatan jenayah mereka
bertiga semakin hebat setelah Henry
meningkat dewasa. Jenayah pertama yang dilakukan Henry bersama dua rakannya itu
ialah merompak Air France yang mendatangkan habuan yang lebih lumayan daripada
merompak bank.
Suatu hari, tiga sekawan ini
tersalah membelasah seorang lelaki yang galak mengutuk mereka. Adik lelaki
terbabit merupakan seorang FBI(Federal Bureau of Investigation),lalu mereka
disumbatkan ke dalam penjara.Henry tidak pernah serik walaupun sudah beberapa
kali dimasukkan kedalam penjara, dia mula melibatkan diri dalam industri dadah walaupun sudah didingatkan bosnya agar
menjauhi kegiatan tersebut. Henry tidak mempedulikan peringatan itu asalkan dia berhasil mendapatkan wang.
Setelah
Henry dibebaskan daripada penjara, dia masih lagi meneruskan kegiatan penjualan
dadah. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Henry apabila dia ditangkap
lagi. Perkahwinan Henry dan Karen tidak dapat bertahan apabila mereka berpisah
setelah 25 tahun berkahwin.
Konklusinya,filem
ini agak menarik dan mudah difahami walaupun penceritaannya meleret. Cerita ini
berakhir setelah Henry bertaubat daripada kegiatan jenayahnya.Banyak aksi ganas
didalam cerita ini wajar dihindari
remaja masa kini.
Nur Sahadah Binti Satari
A12SC0103
No comments:
Post a Comment