Assalamualaikum..
Filem Pulp Fiction adalah filem yang saya pilih untuk tugasan kali ini. Ia merupakan filem arahan Quentin Tarantino dan ia dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal. Tema untuk filem ini ialah "action, crime and thriller".
Filem ini merupakan antara filem yang unik yang pernah saya tonton kerana gaya penceritaan yang luar dari kebiasaan dan bagi pendapat saya, ia bukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh pengarah filem yang lain. Ia mengabungkan tiga agenda yang berlainan iaitu "Coffee Shop", "The Gold Watch" dan "The Bonnie Situation" serta mengaitkannya dengan melalui pengenalan terhadap watak-watak yang ada dengan lebih mendalam. Namun penyusunan plot cerita yang terabur dan susah untuk saya fahami. Filem ini juga banyak mengandungi perkataan dan perbuatan yang menjadi kurang sesuai untuk ditonton dan di ikuti di negara kita.
Secara keseluruhannya, filem ini mungkin merupakan filem yang bagus pada awal pengeluarannya kerana ia sesuai dengan keadaan zaman dan masyarakat ketika itu namun tidak lagi pada zaman ini.
Wan Muhammad Afiq bin Wan Muhamad Fauzan
A12SC0274
No comments:
Post a Comment