Goodfellas arahan Martin Scorsese merupakan sebuah filem yang bertemakan kehidupan Gangster. Filem yang dikeluarkan pada tahun 1990 dan menggunakan budget sebanyak $25 million ini menyenaraikan Ray Liotta(sebagai Henry Hill), Robert De Niro (sebagai Jimmy Conway), dan Joe Pesci (sebagai Tommy De Vito) sebagai antara barisan pelakonnya. Goodfellas dimulakan dengan adegan Henry, Jimmy dan Tommy yang menaiki sebuah kereta bersama sekujur tubuh manusia lain di dalam but kereta tanpa diceritakan terlebih dahulu siapakah mereka sebenarnya. Selepas itu, barulah filem ini diteruskan lagi dengan adegan imbas kembali tentang permulaan hidup Henry berkecimpung dalam kumpulan gangster.
Henry memulakan
kehidupan sebagai gangster selepas tertarik dengan cara hidup Paulie (lakonan
Paul Sorvino). Kata-kata Henry yang menunjukkan dia tertarik dengan dunia
gangster ialah “as far as I can remember, I’ve always wanted to be a gangster.
To me that was better than being president of the United States. To be a
gangster was to own the world”.
Filem ini
mengetengahkan tema persahabatan. Henry menganggap bahawa kumpulan gangsternya
umpama keluarganya. Tommy dan Jimmy merupakan sahabat yang rapat dengannya.
Gangster mengutamakan ikatan persahabatan. Apabila Henry ditangkap buat kali
pertama dan setelah dibebaskan, Jimmy berkata, “never rat on your friends and
always keep your mouth shut”. Apabila semakin rapat dengan kumpulan
gangsternya, Henry mula semakin percaya dengan mereka. Antara yang dikatakan
Henry ialah, “we always called each other GOOD FELLAS, like you said to uh,
somebody: you’re gonna like this guy. He’s all right. He’s a good fella. He’s
one of us”. Henry juga ada berkata, “as
we grow up, we realize it become less important to have more friends and more
important to have real ones”.
Pengakhirannya,
walaupun sahabat sangat penting kepada Henry, Henry mengakhianati
‘kawan-kawannya’ dengan menjadi saksi bagi
jenayah yang mereka lakukan semata-mata ingin menyelamatkan nyawanya.
Konklusinya, walaupun cerita ini mempunyai mesej yang tersendiri, tetapi
perjalanan cerita yang terlalu perlahan menyebabkan penonton berasa sangat
bosan untuk terus menonton. Walaupun filem ini banyak menggunakan perkataan
yang tidak sesuai seperti ‘fuck’, tetapi perkataan itu sebenarnya perkataan
yang biasa digunakan oleh orang barat.
NADIA BINTI MOHD JASZARI
A12SC0091
No comments:
Post a Comment