Filem “Munich” yang diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu
Steven Spielberg adalah salah satu filem yang memberikan kelainan berbanding
filem-filem yang pernah saya tonton sebelum ini. Filem ini diilhamkan daripada
kisah benar dan menjadi perdebatan hangat tentang kesahihan sebenar jalan
cerita sejarah tersebut. Hal ini menyebabkan ianya menjadi kurang terkenal
berbanding filem-filem karya Steven yang lain. Berdurasi selama 2 jam 44 minit,
saya memberikan gambaran keseluruhan bahawa filem ini adalah bersifat politik, mengandungi
unsur-unsur kekejaman, balas dendam dan grafik yang tidak sesuai untuk
dijadikan tayangan umum.
Filem ini telah mementaskan kejadian penculikan dan pembunuhan
beberapa orang atlet Israel oleh sekelompok terroris Palestin ketika Sukan
Olimpik di Jerman. Rentetan daripada peristiwa tersebut, pasukan rahsia Israel telah
diperintahkan untuk mencari dan membunuh
sekumpulan anggota yang dikenali sebagai “Black September” yang dianggap
bertangunggjawab di atas kejadian tersebut. Pasukan Israel itu terdiri daripada lima orang
di Switzerland yang diketuai oleh Avner, yang dilantik oleh Perdana Menteri Israel,
Golda Meir. Empat orang yang lain adalah Steve, seorang pemandu Afrika Selatan,
Hans, pemalsu dokumen dari Franfruit, Robert, pembuat bahan letupan Belgium dan
Carl, seorang tentera bekas Israel. Namun, Avner secara rasmi meletakkan
jawatan dari Mossad dan dan tidak mempunyai hubungan dengan kerajaan Israel
atas sebab-sebab tertentu. Dengan Inisiatif mereka sendiri, melantik Louis
sebagai pembantu untuk menjejaki kumpulan pengganas yang terlibat dalam
pembunuhan tersebut.
Pelbagai siri penjejakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh
operasi pasukan Israel ini. Namun pada titik pengakhiran cerita ini, pasukan
tersebut membincangkan keseluruhan misi yang dianggap sia-sia bagi mereka. Hans
akhirnya ditemui mati tanpa sebab-sebab yang diterangkan dan Robert terbunuh
dalam letupan bengkel beliau . Avner kemudian bergerak ke New York untuk
bersatu dengan isteri dan anak-anak mereka.
Filem ini banyak unsur-unsur keganasan yang mana tidak
sesuai untuk ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun kebawah. Di samping
penyelitan unsur-unsur grafik yang tidak sepatutnya ada sebenarnyabercanggah
dengan moral masyarakat kita, ianya tidak disarankan ditayangkan di Malaysia.
Tambahan lagi, filem ini melibatkan pergaduhan antara orang Yahudi dan orang
Arab yang boleh menimbulkan kesalahfahaman tentang kejadian yang sebenar
berlaku dan tidak sesuai untuk keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Seharusnya filem-filem sebegini adalah lebih
baik disekat agar lebih banyak lagi filem-filem yang bertemakan kasih sayang dan
keharmonian dapat dipertontonkan di negara kita ini.
MOHD RASHID BIN ADMON
A12SC0087
No comments:
Post a Comment