Tajuk: Pulp
Fiction
Karya: Quentin
Tarantino
Tahun: 1994
Pulp
Fiction merupakan sebuah filem terbitan tahun 1994,karya Quentin Tarantino.
Filem ini terkenal kerana penggunaan kosa kata yang unik dalam setiap dialog
yang dibawa.
Vincent
Vega dan Jules Winnfield merupakan pembunuh upahan yang dibayar oleh Marcellus
Wallace, bos mereka sendiri untuk mencari sebuah koper yang berisi yang telah
dicuri. Marcellus sangat mempercayai anak buahnya, Vincent sehingga menyuruh
anak buahnya itu menemani isterinya, Mia untuk makan malam. Butch Coolidge pula
merupakan seorang peninju yang dibayar oleh Marcellus dan disuruh kalah dalam
pertarungan terakhirnya. Pumpkin dan Honey Bunny pula merupakan dua orang
perompak yang merompak kedai makan.
Plot
penceritaan filem yang aneh dan tidak mudah untuk difahami. Disampaikan dalam
beberapa sedutan yang ada antaranya tidak mempunyai kaitan antara satu sama
lain. Filem ini dimulakan dan kemudiannya sekaligus ditamatkan dengan adegan
rompakan yang dilakukan oleh Pumpkin dan Honey Bunny pada jam sarapan di sebuah
kedai makan.
Watak-watak
yang terdapat dalam filem ini sedikit-sebanyak mencerminkan perangai dalan
kalangan masyarakat kita. Contohnya, Vincent merupakan seorang yang tidak
pernah mengaku akan kesalahannya sendiri dan bersikap kebudak-budakan.Dia
dengan mudahnya berkata bahawa dia tidak sengaja apabila pistol yang
dipegangnya menempak kepala Marwin semasa mereka dalam perjalanan ke suatu
tempat. Sikap kebudak-budakannya juga terserlah saat Mia "overdose"
dadah. Vincent telah berpesan kepada Mia supaya tidak menceritakan kejadian itu
kepada Marcellus kerana takut.
Secara
generalisasinya,Pulp Fiction merupakan sebuah filem yang memberi teladan yang
baik untuk para penonton. Walaupun penuh dengan kata-kata yang kotor dan aksi
kekerasan namun filem ini dapat memberi pandangan yang jernih dan membuktikan
bahawa setiap yang jahat juga pasti boleh berubah menjadi baik. Hal ini
menunjukkan bahawa setiap perbuatan baik akan dibalas dengan baik, begitu juga
sebaliknya.
BY:NOR
HIDAYAH HASAN(A12SC0094)
No comments:
Post a Comment