Thursday, 22 May 2014

MOVIE REVIEW: SEVEN SAMURAI


Tajuk :Seven Samurai
Arahan: Akira Kurosawa

          Seven Samurai merupakan filem hitam putih antarabangsa pertama yang pernah saya tonton dan ia berjaya menarik perhatian saya walaupun pada awalnya saya agak keliru dengan jalan ceritanya. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menonton filem ini adalah kerana pensyarah saya ada mengatakan bahawa seniman agung kita iaitu Tan Sri P.Ramlee juga mengambil filem ini sebagai inspirasi beliau.

          Filem Seven Samurai in dihasilkan pada tahun 1954 di bawah arahan Akira Kurosawa. Filem ini telah berjaya menggondol beberapa anugerah dan diiktiraf sebagai antara filem yang paling hebat dan berpengaruh yang pernah dihasilkan. Filem ini berlatarbelakangkan tahun 1587 pada era perang Negara Jepun.  Filem moden seperti yang dapat kita saksikan pada hari ini seperti ‘The Magnificient Seven’ juga terhasil daripada idea filem ‘Seven Samurai’.

          Filem ini pada awalnya mengisahkan sekumpulan penjahat yang bercadang mahu menyerang sebuah kampung dan mengambil hasil-hasil tanaman mereka.  Penduduk kampung sahaja tidak mampu untuk melawan mreka justeru ketua kampung mereka berhasrat untuk meminta pertolongan dari golongan samurai bagi menyelamatkan nyawa dan kampung mereka.

          Filem ini mengetengahkan tradisi masyarakat Jepun di samping nilai-nilai kemanusiaan.  Melalui filem ini, saya dapati terdapat satu kepercayaan dalam kalangan masyarakat mereka iaitu golongan petani kampung tidak boleh bergaul dengan golongan samurai kerana berlainan kasta.  Hal ini dapat dibuktikan apabila Manzo yang merupakan ayah kepada Shino sangat menentang hubungan anaknya dengan samurai,Katsushiro.

          Semasa menonton filem ini saya tertanya-tanya apakah yang membuatkan tujuh orang samurai ini bersetuju untuk membantu petani-petani di kampung? Adakah kerana sesuap nasi,mereka mempertaruhkan nyawa mereka?  Ini adalah kerana melawan penjahat sudah menjadi pekerjaan dan tanggungjawab buat mereka.

          Filem ini menunjukkan dua nilai yang cukup jelas. Yang pertama adalah keberanian melawan tradisi sosial. Contonya, Kikuchiyo yang merupakan anak seorang petani dan bukan golongan samurai tetapi tetap berkeras untuk membantu dan menjadi samurai.  Yang kedua adalah nilai percintaan yang terhalang antara Katshushiro dan Shino.  Cinta mereka telah mendapatkan halangan dripada ayah Shino pada awalnya kerana berpendapat anak petani dan samurai tidak boleh bersama.  Namun,  terdapat pendapat dalam kalangan mereka supaya memahami golongan muda.

          Golongan samurai ini telah diketuai oleh Kambei.  Kambei merupakan seorang ketua yang tenang,bijak dan pandai merancang strategi. Beliau membuat plan dan akan memangkah setiap dari 40 penjahat yang telah gugur.  Penduduk kampung pula belajar untuk berperang daripada golongan samurai dan mereka sentiasa bergerak di dalam kumpulan.  Pengarah juga pandai bermain dari sudut visual menyebabkan ianya menarik ditonton.

          Di pengakhiran cerita ini, ramai penduduk kampung dan empat daripada tujuh orang samurai telah meninggal di dalam pertempuran. Walaupun begitu, hasil kerjasama antara penduduk kampung dan samurai telah berjaya mengalahkan penjahat dan kemenangan berpihak kepada mereka.  Mereka berjaya hidup dalam keadaan harmoni dan meneruskan aktiviti bertani mereka.

          Peperangan bukanlah nilai utama filem ini sebaliknya nilai kerjasama dan tolak ansur.   Saya tertarik dengan dialog Kambei di pengakhiran cerita, ‘The farmers are the victors.. not us’.
         


NUR EDRINA FAZLEEN BINTI MOHAMED
2SSCE
A12SC0099



No comments: