Nama
filem: Seven Samurai
Pengarah: Akira Kurosawa
Pengarah: Akira Kurosawa
Berdasarkan cerita ‘7 Samurai’
yang diarah oleh Akira Kurosawa. Filem ini berlatarbelakangkan kisah pada
sekitar tahun 1587. Filem ini mengambil masa selama 207 min yang agak terlalu
lama bagi saya untuk menonton sehingga pengakhiran filem ini. Namun, saya merasa
ingin tahu sama ada samurai dapat mengalahkan kumpulan penyamun dan mengembalikan
kesejahteraan kampung para petani. Pengarah filem ini telah mengunakan wayang
hitam-putih yang mengambarkan sebuah cerita pada zaman dahulu.
Bahasa yang telah digunakan
dalam filem ini adalah bahasa Jepun sepenuhnya, di mana ia agak menyukarkan saya
untuk memahami cerita ini walaupun terdapat sari kata bahasa Inggeris. Karakter
yang menarik dalam cerita ini ialah mengenai samurai yang tidak mempunyai
cita-cita dan hidup bergelandangan selepas khidmat mereka sebagai pengawal
negara tidak lagi diperlukan. Mereka mula mempunyai azam untuk membela petani
di sebuah daerah yang kerap kali dirompak oleh sekumpulan penyamun yang selalu
merampas hasil tanaman para petani. Menerusi cerita ini menggambarkan persepsi
masyarakat petani yang menanggap bahawa samurai ialah seorang yang ganas, dan suka berfoya-foya bersama wanita. Oleh
itu, petani menyuruh anak-anak perempuan mereka menyamar sebagai seorang lelaki
untuk melindungi anak mereka.
Bendera yang dibuat oleh samurai agak unik,
di mana terdapat 6 bulatan yang melambangkan samurai, tiga segi melambangkan
salah seorang samurai yang dari keturunan petani dan garisan yang melambangkan
para petani.Terdapat beberapa konflik dalam cerita ini, antaranya samurai
mendapat maklumat bahawa para petani pernah merompak dan membunuh samurai pada
suatu ketika dahulu.Kemuncak pada filem ini, apabila penyamun menyerang kampung
para petani dan membunuh 4 daripada 7 samurai dan beberapa petani. Pengakhiran
filem ini, memaparkan 3 orang samurai disamping 4 kubur samurai dan petani yang
telah gugur di atas bukit. Keseluruhannya, cerita ini amat baik kerana memberi
nilai moral yang baik seperti persahabatan, tolong-menolong dan pengorbanan.
Nor Fatiha
Binti Hissam
A12SC0055
A12SC0055
No comments:
Post a Comment