GOODFELLAS mengisahkan seorang gangster yang mula berminat untuk menjadi gangster sejak dari kecil kerana teruja dengan kehidupan golongan itu yang dilihat sebagai suatu yang membanggakan.
Kisah yang berkisarkan tentang Henry Hill ketika zaman mudanya yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti penjualan rokok seludup dan rompakan. Kehidupan Henry mula berubah apabila dia sudah "ditabalkan" sebagai gangster dan diberi kepercayaan oleh Paulie untuk menjalan kerja gangster yang lebih susah seperti mengutip hutang. Henry semakin dewasa dan menjalankan pelbagai aktiviti jenayah tetapi tidak tertangkap. Terpikat dengan Karen, Henry berkahwin dengan wanita itu. selepas berpindah keluar dari rumah orang tua Karen, aktiviti jenayah Henry semakin berkembang. Henry mula bersahabat dengan Jimmy dan Tommy.
Henry dan rakan sekongkolnya ditangkap dan didakwa selepas ahli keluarga pemiutang mereka memecahkan tembelang mereka ke pihak FBI. tamat tempoh penjara, Henry kembali bergiat dengan aktiviti jenayah. belajar dari pengalaman menjual dadah dalam penjara, Henry merasakan aktiviti itu menguntungkan. Dia mengajak dua rakannya untuk turut bersama dan bisnes mereka dilihat sanagt berhasil. tetapi hidupnya mula tidak tenteram kerana sering diekori oleh pihak berkuasa.
Bisnesnya lingkup setelah Karen menghanyutkan bekalan dadahnya kedalam lubang tandas. Akibatnya Henry hilang punca duit dan hanya mendapat 3200 dolar dari Paulie. Kelangsungan hidup Henry tamat apabila dia menyerah diri dan dia berpisah Dengan Karen.
Pada keseluruhan cerita, ia menunjukkan beberapa nilai positif dan negatif. Antara nilai positif yang ditunjukkan, semangat setia kawan. nilai negatif jelas sekali ditunjukkan dengan adegan bunuh yang tidak ditapis bagi memberi impak yang lebih dalam penyampaian cerita ini.
Secara keseluruhan, saya suka akan idea cerita ini, tetapi tidak berminat dengan jalan ceritanya yang hanya kuat pada awalnya, dan mula bosan selepas 1 jam menonton. Kebanyakan "scene" di pertengahan dan hujung cerita saya "skip" menyebabkan ada sesetengah jalan cerita menjadi celaru.
NURZIYANA BINTI HAIRUDIN
A12SC0112
No comments:
Post a Comment