Tuesday, 3 June 2014

Film Review: The Seven Samurai



Assalamualaikum wbt.

                  Filem “The Seven Samurai” arahan Akira Kurosawa ini merupakan suatu filem yang amat menarik kerana jalan ceritanya menampilkan kisah penduduk di sebuah perkampungan petani yang berada dalam keadaan yang genting di mana mereka mendapat ancaman daripada sekumpulan perompak yang ingin mendapatkan hasil tanaman mereka.

                Penceritaan filem ini pada permulaannya menampilkan kebudayaan masyarakat Jepun pada zaman dahulu dan slot yang amat menarik perhatian saya adalah semasa ketua kampung memutuskan untuk melantik samurai demi mempertahankan kampung itu. Situasi di mana seluruh penduduk kampung berkumpul dan ada segelintir dari mereka yang berkeluh mengenangkan apa yang sedang menimpa mereka sehingga bertanyakan ke mana Tuhan dan ada pula yang tidak mahu tampil kehadapan berjuang kerana tidak yakin dengan kekuatan mereka. Pada hemat saya, perkara sebegini yang seharusnya diamalkan di sesebuah perkampungan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan penduduk. Perbincangan yang tidak mengenepikan mana-mana pihak dan apabila keputusan telah ditetapkan, setiap orang berlapang dada menerimanya.

                Sungguhpun golongan petani itu sangat risau dengan sikap samurai yang suka mengganggu anak gadis mereka, mereka tetap bertahan dan memberi layanan yang baik kerana ancaman perompak tersebut lebih hebat berbanding layanan yang mereka terima dari tujuh orang samurai tersebut. Pada pandangan saya situasi tersebut amat unik kerana golongan samurai hakikatnya berasal daripada kasta yang berbeza dengan golongan petani. Iktibarnya, kita seharusnya berani untuk mengambil risiko dalam membuat sesuatu keputusan jika keputusan yang dibuat itu mampu memberi kesejahteraan orang sekeliling di masa akan datang.

                Selain itu, terdapat juga plot cerita yang sangat signifikan di mana terdapat babak percintaan Antara samurai yang bernama Katsushiro dan seorang anak gadis kepada salah seorang petani. Ironinya, percintaan mereka dihalang disebabkan perbezaan kasta. Walau bagaimanapun, pada pengakhiran cerita ini, empat orang samurai telah terkorban dan apa yang mengejutkan adalah tiada sebarang komen daripada pihak mereka kerana itulah hakikatnya prinsip seorang samurai. Kejayaan menyebelahi penduduk kampung tersebut dan akhirnya mereka membuat keputusan tidak mahu samurai tersebut untuk terus tinggal di kampung mereka. Hal ini demikian kerana perompak telahpun ditewaskan dan mereka berpendapat bahawa sangat sukar untuk mereka tinggal dalam satu kawasan yang sama dengan sekumpulan pahlawan. Kehidupan petani sangat berbeza dengan kehidupan samurai.


                Kesimpulannya, keadaan yang genting mampu mengubah cara pandang manusia demi mencapai keamanan walaupun keputusan sukar untuk dibuat. Tidak kira perbezaan taraf mahupun cara hidup, setiap dari kita seharusnya bersatu untuk menuju matlamat yang sama. Wallahua'lam.

Siti Syahirah binti Saroni (A12SC0238)

Film review : Munich






Filem               : Munich
Pengarah         : Steven Spielberg


Assalamualaikum..

Filem Munich arahan Steven Spielberg mengisahkan tentang penculikan dan  pembunuhan terhadap sebelas orang atlet Israel yang terlibat dengan Munich Olympics pada September 1972. Kelompok terrorist yang terdiri daripada orang Palestin yang digelar “Black September” yang telah membunuh atlet Israel tersebut. Perdana Menteri Mesir pada masa itu,Golda Meir telah mengarahkan operasi dilakukan bagi menjejaki suspek yang terlibat dalam pembunuhan tersebut. Sebuah pasukan yang diketuai oleh Avner,agen Mossad dibantu oleh Steve,Hans,Robert dan Carl telah damanahkan untuk melakukan operasi tersebut.

Pelbagai misi dijalankan dalam usaha dijalankan dan mereka telah merantau ke Eropah untuk menjejaki pembunuh-pembunuh tersebut. Beberapa suspek telah disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut. Dalam usaha tersebut,Carl telah dibunuh oleh seorang wanita manakala Robert dipercayai dibunuh dalam letupan. Kini tinggal Avner,Steve dan Hans yang akan meneruskan misi mereka itu. Hal ini telah mendatangkan tekanan terhadap pasukan tersebut. Namun,akhirnya Hans telah  mati ditikam dan kini hanya tinggal mereka berdua dan seterusnya mereka pulang ke Israel.

Ephraim iaitu salah seorang agen Mossad telah menggesa Avner untuk kembali bersama-sama Mossad bagi meneruskan misi mereka menjejaki pembunuh tersebut. Namun demikian,Avner menolak desakan tersebut. Akhir sekali, Mossad berjaya menjejaki dan membunuh  sembilan orang yang disyaki terlibat dalam pembunuhan atlet Israel tersebut dan juga Salameh yang telah merancang pembunuhan beramai-ramai tersebut.


By: C WAN NUR IZATI BINTI C WAN AHMAD
        A12SC0043

Monday, 26 May 2014

Movie Review-Munich(2005)






Munich bermula dengan gambaran peristiwa-peristiwa 1972 Munich Sukan Olimpik dan kemudian memotong ke rumah Perdana Menteri Israel Golda Meir , di mana Avner Kaufman (Eric Bana ), ejen Mossad keturunan Jerman- Yahudi, dipilih untuk memimpin pembunuhan misi terhadap 11 rakyat Palestin yang didakwa terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai . 

Di Rom, pasukan tersebut menembak dan membunuh Abdel Wael Zwaiter , yang hidup sebagai penyair. Di Paris , mereka meletupkan bom di rumah Mahmoud Hamshari ; di Cyprus , mereka mengebom bilik hotel Hussein Al Bashir (Hussein Abd Al Chir ). Dengan komando Angkatan Pertahanan Israel ( IDF) , mereka mengejar tiga rakyat Palestin ke Beirut -Muhammad Youssef al -Najjar (Abu Youssef ); Kamal Adwan ; dan Kamal Nasser.

Pembunuh tersebut membantah mengenai moral dan logistik misi mereka, mereka menyatakan ketakutan tentang individu mereka kurang pengalaman. Avner membuat lawatan ringkas ke tempat isterinya, yang telah melahirkan bayi pertama mereka. Di Athens , beliau bertelagah dengan ahli PLO yang berkongsi kediaman rumah yang sama ; beliau kemudian membunuhnya.
Kemudian, skuad tersebut bergerak ke London untuk mengesan Ali Hassan Salameh , yang merancang pembunuhan Munich , tetapi percubaan pembunuhan diganggu oleh beberapa rakyat Amerika yang mabuk. Hal ini menunjukkan bahawa mereka ini adalah ejen CIA, yang menurut Louis , melindungi Salameh dengan pertukaran untuk tidak menyerang diplomat Amerika Syarikat. Sementara itu, percubaan pembunuhan telah dibuat pada kelompok mereka sendiri. Carl dibunuh oleh " Jeanette ," iaitu seorang pembunuh kontrak Belanda bebas menembak dia sebagai untuk membalas dendam . Hans ditemui mati ditikam di bangku taman , manakala Robert terbunuh disebabkan letupan di bengkel beliau . Avner dan Steve akhirnya mencari Salameh di Sepanyol, tetapi sekali lagi percubaan pembunuhan mereka digagalkan , kali ini dihalang oleh pengawal bersenjata Salameh.

Avner kecewa lalu balik ke Israel, dia tidak gembira akan dinobatkan sebagai wira oleh dua askar muda , dan kemudian ke rumah barunya di Brooklyn , di mana beliau mengalami tekanan selepas trauma . Dia dibuang daripada konsulat Israel selepas menyerang dalam menuntut bahawa Mossad meninggalkan isteri dan anak beliau semata-mata . Dalam adegan akhir, Efraim datang untuk meminta Avner untuk kembali ke Israel dan Mossad. Ephraim mengakui bahawa tidak ada bukti yang mengaitkan mana-mana sasaran untuk pembunuhan beramai-ramai Munich , dan Avner memantau keseluruhan operasi . Suatu keratan akhir nota bahawa 9 daripada 11 sasaran asal akhirnya dibunuh , termasuk Salameh pada tahun 1979.


-MOHAMAD SHAHIIR BIN SAIDIN-
-A12SC0257-



Friday, 23 May 2014

Movie Review: Munich (2005)


Cerita ini bermula dengan tragedi yang melibatkan atlet Israel semasa Temasya Olimpik di Munich pada tahun 1972. Bermula daripada tragedi tersebut, kerajaan Israel telah menubuhkan satu pasukan khas untuk membunuh orang-oranng yang bertanggungjawab atas kejadian tersebut. daripada ini saya boleh katakan bahawa tindakan Israel dalam kejadian ini sangat berfikiran cetek kerana mereka tidak memikirkan tindakan mereka pada masa akan datang yang boleh merugikan atau menghancurkan mereka sendiri. Pasukan istimewa yang ditubuhkan ini diketuai oleh Avner bersama 4 lagi rakannya seperti Robert, Carl, Steve dan juga Hans. Pasukan ini selalunya tidak tinggal di satu tempat dalam tempoh yang lama dan mereka akan selalu berpindah-randah unutk menjalankan misi mereka.

                Cerita ini diteruskan apabila Avner dan pasukannya mula merasa curiga terhadap diri mereka dan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan mereka. Mereka merasakan yang semua yang dilakukan mereka ini seperti tidak betul dan melanggar etika agama mereka. Mereka mula menyedari ini apabila salah seorang penasihat diorang mengatakan ayat ini.

   "Every civilization finds it necessary to negotiate compromises with its own values."

Mereka mula mempetikaikan misi mereka dan mula bertanya apakah faedah yang mereka dapat daripada semua ini. Daripada ini kita boleh lihat bahawa kita sebagai manusia janganlah hanya mengikut sahaja arahan tanpa hala tuju. Kita perlulah berfikir dahulu dan menentukan apa yang betul serta apa yang salah untuk kita lakukan. Bermula dari situ, Avner dan pasukannya diburu oleh pembunuh upahan yang dihantar  untuk membunuh mereka. Mereka semua bertungkus-lumus untuk menyelamatkan diri merka daripada dibunuh oleh pembunuh tersebut. Akhir sekali,  Avner telah pulang semula ke Israel dan membuat keputusan untuk berhenti daripada menjalankan misinya apabila beliau gagal membunuh Salameh dan hilang semangat setelah kematian ahli pasukannya. Selepas itu beliau pulang semula ke USA bertemu dengan isteri dan anaknya untuk meneruskan hidup.

            Pada pandangan saya cerita hanya menarik di beberapa bahagian sahaja serta mempunyai banyak persoalan yang ditimbulkan oleh pengarah yang tidak terjawab dan tergantung. Secara keseluruhannya cerita ini boleh ditengok oleh mereka yang ingin membuka mata mereka terhadap isu-isu yang melanda dunia zaman sekarang ini

-FARIS IZZUDDIN BIN ROSLIN-
-A12SC0255-

Tajuk: Pulp Fiction
Karya: Quentin Tarantino
Tahun: 1994

Pulp Fiction merupakan sebuah filem terbitan tahun 1994,karya Quentin Tarantino. Filem ini terkenal kerana penggunaan kosa kata yang unik dalam setiap dialog yang dibawa.
Vincent Vega dan Jules Winnfield merupakan pembunuh upahan yang dibayar oleh Marcellus Wallace, bos mereka sendiri untuk mencari sebuah koper yang berisi yang telah dicuri. Marcellus sangat mempercayai anak buahnya, Vincent sehingga menyuruh anak buahnya itu menemani isterinya, Mia untuk makan malam. Butch Coolidge pula merupakan seorang peninju yang dibayar oleh Marcellus dan disuruh kalah dalam pertarungan terakhirnya. Pumpkin dan Honey Bunny pula merupakan dua orang perompak yang merompak kedai makan.
Plot penceritaan filem yang aneh dan tidak mudah untuk difahami. Disampaikan dalam beberapa sedutan yang ada antaranya tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Filem ini dimulakan dan kemudiannya sekaligus ditamatkan dengan adegan rompakan yang dilakukan oleh Pumpkin dan Honey Bunny pada jam sarapan di sebuah kedai makan.
Watak-watak yang terdapat dalam filem ini sedikit-sebanyak mencerminkan perangai dalan kalangan masyarakat kita. Contohnya, Vincent merupakan seorang yang tidak pernah mengaku akan kesalahannya sendiri dan bersikap kebudak-budakan.Dia dengan mudahnya berkata bahawa dia tidak sengaja apabila pistol yang dipegangnya menempak kepala Marwin semasa mereka dalam perjalanan ke suatu tempat. Sikap kebudak-budakannya juga terserlah saat Mia "overdose" dadah. Vincent telah berpesan kepada Mia supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada Marcellus kerana takut.
Secara generalisasinya,Pulp Fiction merupakan sebuah filem yang memberi teladan yang baik untuk para penonton. Walaupun penuh dengan kata-kata yang kotor dan aksi kekerasan namun filem ini dapat memberi pandangan yang jernih dan membuktikan bahawa setiap yang jahat juga pasti boleh berubah menjadi baik. Hal ini menunjukkan bahawa setiap perbuatan baik akan dibalas dengan baik, begitu juga sebaliknya.

BY:NOR HIDAYAH HASAN(A12SC0094)



 
Tajuk: The Seven Samurai 
Pengarah: Akira Kurosawa


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Filem "Seven Samurai" adalah filem hitam putih arahan Akira Kurosawa yang merupakan pengarah terkenal di Jepun.Durasi filem ini sangat panjang iaitu 207minit tetapi filem ini bergerak cepat kerana jalan ceritanya yang jelas.Saya memilih cerita ini kerana Antara cerita yang ditawarkan saya lebih tertarik mengenai cerita yang berlatar belakangkan budaya masyarakat Jepun di sekitar tahun 1950-an.

Pada mulanya cerita "Seven Samurai" ini sama sekali tidak menarik minat saya kerana ceritanya hanya menggunakan wayang hitam putih sahaja tetapi semakin lama cerita ini saya lihat mempunyai jalan cerita yang menarik dengan pelbagai mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah. Apa yang menarik disini pengarah menonjolkan tentang budaya masyarakat Jepun yang mempunyai kasta tersendiri dimana pada zaman tersebut golongan petani dan samurai tidak boleh bercampur antara satu sama lain disebabkan kasta yang berbeza.

Filem ini mengisahkan tentang sebuah kampung yang diserang perompak untuk mendapatkan hasil tanaman mereka. Kerisauan melanda seluruh penduduk kampung dan akhirnya ketua kampung yang dikenali sebagai Gisaku bercadang untuk mengupah beberapa orang samurai untuk mempertahankan kampung mereka. Akhirnya hanya tujuh orang samurai berjaya dicari untuk sama-sama membantu menentang perompak.Tujuh Samurai ini diketuai oleh Kambei Shimada. Apa yang dapat dilihat disini, walaupon mereka berbeza kasta tetapi masih ada lagi samurai yang rela hati untuk membantu penduduk kampung tersebut lebih-lebih lagi hanya diupahkan nasi sahaja.

Kemudian, kehadiran samurai-samurai ini tidak disambut baik oleh penduduk kampung kerana mereka merasa takut dan risau akan samurai yang suka menentang dan menganggu anak-anak perempuan mereka. Demi mempertahankan kampung dan hasil tanaman mereka,akhirnya penduduk kampung bersetuju untuk bekerjasama dengan samurai-samurai tersebut. Di samping itu, dalam cerita ini menunjukkan sikap seorang ketua yang sangat tenang dan bijak dalam mengatur strategi.

Terdapat unsur percintaan yang cuba ditonjolkan oleh pengarah iaitu antara samurai Katsushiro dan Shino. Shino merupakan seorang anak petani dan hanya satu-satunya watak perempuan yang terdapat dalam filem ini.Walaubagaimanapun, kisah percintaan mereka dihalang oleh bapa Shino kerana perbezaan kasta antara mereka.

Cerita ini berakhir dengan kejayaan menyebelahi penduduk kampung yang berjaya mengalahkan kumpulan perompak tetapi empat daripada tujuh orang samurai telah terkorban dalam peperangan akhir mereka.

Secara keseluruhannya, filem ini agak menarik dan terdapat beberapa mesej yang cuba disampaikan. Misalnya, walaupon hanya berbekalkan senjata yang serba kekurangan dan tidak canggih tetapi dengan strategi yang dirangka dengan baik akhirnya mereka menang dan berjaya mempertahankan kampung tersebut. Selain itu, saya juga dapat belajar dan mengenali tentang budaya dan kehidupan masyarakat Jepun di sekitar tahun 1950-an. Akhirnya, saya sangat kagum walaupon cerita ini yang berwayangkan hitam putih sahaja juga mampu dikenali diseluruh dunia sehinngga kini.

FARHAH AQILAH BINTI ABDUL AZIZ
A12SC0082

MOVIE REVIEW : GOODFELLAS

Filem arahan Martin Scorsese ini diterbitkan pada tahun 1990 belatarbelakangkan New York City sebagai set penggambaran. Filem ini bekisarkan seorang anak muda bernama Henry Hill yang sedari kecil bercita- cita menjadi seorang gangster yang boleh melakukan apa sahaja mereka suka asalkan mereka berkuasa.

     Henry berketurunan separuh Irish dan separuh Silicy(asal-usul mafia) cenderung untuk menjadi seorang gangster kerana hidupnya  dikelilingi jiran mafia. Henry terpengaruh dengan gaya hidup mafia sejak dia berumur sebelas tahun(darjah enam). Ayah Henry membelasah Henry setelah menghidu kegiatan buruknya ponteng sekolah sebaliknya menyertai kegiatan mafia. Justeru itu, Henry meminta bantuan bosnya iaitu Paul Cicero  mengugut ayahnya agar tidak masuk campur urusan kerjanya itu.

Selepas beberapa lama bekerja dengan mafia di kawasan kejiranannya,Paul Cicero memperkenalkan Jimmy Conway kepadanya.Henry begitu kagum dengan Tommy kerana Tommy amat disegani dan ditakuti oleh masyarakat setempat. Tommy merupakan seorang yang kaya kerana menyeludup rokok secara besar-besaran di kawasan tersebut. Kedudukan Henry semakin mantap apabila menyertai Jimmy dan Tommy.
               
           Henry pernah ditangkap polis kerana membantu Tommy mengedar rokok kepada pelanggan dikawasan sekitar. Selepas itu, Henry dibebaskan setelah peguam di  mahkamah  dirasuah Tommy. Perbuatan jenayah mereka bertiga semakin hebat   setelah Henry meningkat dewasa. Jenayah pertama yang dilakukan Henry bersama dua rakannya itu ialah merompak Air France yang mendatangkan habuan yang lebih lumayan daripada merompak bank.

Suatu hari, tiga sekawan ini tersalah membelasah seorang lelaki yang galak mengutuk mereka. Adik lelaki terbabit merupakan seorang FBI(Federal Bureau of Investigation),lalu mereka disumbatkan ke dalam penjara.Henry tidak pernah serik walaupun sudah beberapa kali dimasukkan kedalam penjara, dia mula melibatkan diri dalam industri  dadah walaupun sudah didingatkan bosnya agar menjauhi kegiatan tersebut. Henry tidak mempedulikan peringatan itu  asalkan dia berhasil mendapatkan wang.
            
               Setelah Henry dibebaskan daripada penjara, dia masih lagi meneruskan kegiatan penjualan dadah. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Henry apabila dia ditangkap lagi. Perkahwinan Henry dan Karen tidak dapat bertahan apabila mereka berpisah setelah 25 tahun berkahwin.
            
  Konklusinya,filem ini agak menarik dan mudah difahami walaupun penceritaannya meleret. Cerita ini berakhir setelah Henry bertaubat daripada kegiatan jenayahnya.Banyak aksi ganas didalam cerita ini  wajar dihindari remaja masa kini.

Nur Sahadah Binti Satari

A12SC0103

GOODFELLAS

Goodfellas merupakan sebuah filem yang bertemakan gangster. Mengisahkan hidup Henry yang sememangnya ingin menjadi seorang gangster sejak kecil dan mula berjinak dalaam dunia gangster sewaktu remaja. Dia akhirnya berjaya menjadi seorang gangster berkahwin dengan Karen. Henry akhirnya ditangkap akibat dadah dan berada dibawah Witness Protection Program. Movie ini memberi pengajaran bahawa kita perlu bijak dalam memilih kawan dan mebuat pilihan yang tepat untuk hidup kita.

Wan Nur Faqihah bt Mohd Zaki
A12SC0275

GoodFellas


GoodFellas ialah satu filem bertemakan gangster. Filem yang dikeluarkan pada tahun 1990 dan menggunakan budget sebanyak $25 million ini menyenaraikan Ray Liotta(sebagai Henry Hill), Robert De Niro (sebagai  Jimmy Conway), dan Joe Pesci (sebagai Tommy De Vito) sebagai antara barisan pelakonnya. Filem ini bermula dengan agenda dimana, Henry, Tommy, dan Jimmy menaiki sebuah kereta dan terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali didalm but kereta mereka. Mereka berhenti di tepi jalan, kerana terdengar bunyi benda pelik yang datang dari but kereta. Setelah membuka but, mereka dapati lelaki tersebut masih nyawa-nyawa ikan. Dengan pantas, Tommy menikam lelaki itu, dan Jimmy dengan cepat juga telah menembak lelaki tersebut memastikan lelaki tersebut mati.
Bagi saya, keseluhuran cerita menarik, tetapi bahagian yang paling menarik perhatian saya ialah, bab dimana Karen (bakal isteri Henry) menelefon Henry dalam keadaan cemas. Henry mengangkat telefon dan menenangkan Karen yang berada dalam ketakutan. Setalah memandu kereta dengan pantas, Henry mendapatkan Karen di pondok telefon tepi jalan. Keadaan Karen dalam ketakutan. Henry mendapatkan Karen dan di bawanya kedalam kereta untuk menenangkan. Setelah karen duduk di dalam kereta, karen menceritakan hal sebenar kepada Henry. Karen telah di raba oleh jiran hadapan rumah mereka. Lelaki tersebut telah memukul karen dan berlalku kasar terhadap Karen. Henry membawa Karen pulang ke rumah. Tiba di hadapan rumah mereka, Henry bertanyakan kepada Karen, samada dia perlu berehat, dan menyuruh Karen untuk berehat. Henry mengambil sepucuk pistol dan menyelitkan di seblalik baju. Dengan muka yang sangat garang, Henry menuju ke arah lelaki di hadapan rumahnya. Lelaki tersebut bersama 2 rakannya sedang membaiki kereta. Henry telah memukul beberapa kali lelaki tersebut menggunakan pistol miliknya. Sehingga hidung lelaki tersebut berdarah. Henry juga telah mengugut untuk menembak rakan lelaki tersebut. Akhir sekali, Henry telah kembali ke rumah dan menyerahkan pistol yang berlumuran darah tersebut kepada Karen, Dengan riaksi terkejut Karen memegang pistol terbabit.
Bagi saya, bab ini menarik kerana, kita dapat lihat, watak Henry sebenarnya merupakan seorang yang lembut hati, tapi untuk pertama kalinya, Henry teramat marah kepada seseorang sehinggakan dia bertindak sedemikian. Selain itu, kita dapat lihat Henry merupakan seorang yang sangat melindungi seseorang atau sesuatu benda yang di sayangi.
Akhir kata, cerita ini sangat bosan dan mengambil masa yang sangat lama untuk saya memahami.
NOOR HAZWANI BINTI ABDUL HALIM

A12SC0266  

goodfellas

Goodfellas is a story about gangsters. Henry is man who had been a gangster since teenager. He does not attending school and doing bad things such as selling cigarettes, distributing drugs, and also killing people.
                In my opinion, this story is telling us about a life out there. Sometimes, we get rich in not a good way. We choose it by ourselves. Either we want to be a good or bad people. This movie also shown that money is everything. People with money can get what their want. People are respected by looking on their wealth.

                Life is full of fairness. When we done bad things, we will be judge on that. We must to be responsible with what we done. Consider all the risk that might be also influence our family. As a conclusion, our future can be determine with ourselves. Be wise and choose it.
-nurhanisa ahmad fadzil 

Thursday, 22 May 2014

Seven Samurai
Akira Kurosawa
Filem jepun Seven Samurai atau Shichinin no samurai ini dihasilkan pada 1954. Filem ini diiktiraf sebagai filem terbaik sepanjang masa dan diberi penghormatan kerana menjadi sumber rujukan bagi pengarah-pengarah filem gangster di seluruh dunia terutama di Hollywood.
Cerita ini mengisarkan penderitaan rakyat desa yang sering disamun hasil tanaman mereka. Oleh itu, tujuh samurai yang handal berperang tersebut dibayar dengan harga yang kecil untuk membantu mereka dari disamun.
Cerita ini secara amnya mengisahkan tentang ketabahan dan susah payah samurai tersebut dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perkerjaan yang baru
cerita ini membantu penonton untuk menyelami susah payah golongan samurai yang berjuang untuk memartabatkan gologan mereka.
 Kisah mereka ini boleh dijadikan contoh untuk kita semua. Malah, turut menjadi pedoman kepada pengarah filem antarabangsa yang lain. Akira kurosawa banyak membantu dalam industri pengfileman walaupan filem beliau mengandungi unsur ganas, namun terselit pelbagai pengajaran yang perlu kita semua ambil perhatian.
NUR AIN FARISHA MOHD

GOODFELLAS


Goodfellas arahan Martin Scorsese merupakan sebuah filem yang bertemakan kehidupan Gangster.  Filem yang dikeluarkan pada tahun 1990 dan menggunakan budget sebanyak $25 million ini menyenaraikan Ray Liotta(sebagai Henry Hill), Robert De Niro (sebagai  Jimmy Conway), dan Joe Pesci (sebagai Tommy De Vito) sebagai antara barisan pelakonnya. Goodfellas dimulakan dengan adegan Henry, Jimmy dan Tommy yang menaiki sebuah kereta bersama sekujur tubuh manusia lain di dalam but kereta tanpa diceritakan terlebih dahulu siapakah mereka sebenarnya. Selepas itu, barulah filem ini diteruskan lagi dengan adegan imbas kembali  tentang permulaan hidup Henry berkecimpung dalam kumpulan gangster.
Henry memulakan kehidupan sebagai gangster selepas tertarik dengan cara hidup Paulie (lakonan Paul Sorvino). Kata-kata Henry yang menunjukkan dia tertarik dengan dunia gangster ialah “as far as I can remember, I’ve always wanted to be a gangster. To me that was better than being president of the United States. To be a gangster was to own the world”.
Filem ini mengetengahkan tema persahabatan. Henry menganggap bahawa kumpulan gangsternya umpama keluarganya. Tommy dan Jimmy merupakan sahabat yang rapat dengannya. Gangster mengutamakan ikatan persahabatan. Apabila Henry ditangkap buat kali pertama dan setelah dibebaskan, Jimmy berkata, “never rat on your friends and always keep your mouth shut”. Apabila semakin rapat dengan kumpulan gangsternya, Henry mula semakin percaya dengan mereka. Antara yang dikatakan Henry ialah, “we always called each other GOOD FELLAS, like you said to uh, somebody: you’re gonna like this guy. He’s all right. He’s a good fella. He’s one of us”.  Henry juga ada berkata, “as we grow up, we realize it become less important to have more friends and more important to have real ones”. 
Pengakhirannya, walaupun sahabat sangat penting kepada Henry, Henry mengakhianati ‘kawan-kawannya’ dengan menjadi saksi  bagi jenayah yang mereka lakukan semata-mata ingin menyelamatkan nyawanya. Konklusinya, walaupun cerita ini mempunyai mesej yang tersendiri, tetapi perjalanan cerita yang terlalu perlahan menyebabkan penonton berasa sangat bosan untuk terus menonton. Walaupun filem ini banyak menggunakan perkataan yang tidak sesuai seperti ‘fuck’, tetapi perkataan itu sebenarnya perkataan yang biasa digunakan oleh orang barat.
NADIA BINTI MOHD JASZARI

A12SC0091

GOODFELLAS


DIRECTOR :  MARTIN SCORSESE
GENRE : GANGSTER/THRILLER
DURATION : 148 MINUTES
CAST : HENRY HILL , JIMMY CONWAY , TOMMY DEVITO , KAREN HILL , PAUL CICERO

Assalamualaikum,
            The movie title GOODFELLAS (1990) tell us about a person (Henry Hill ) who are attract to join a gangster since his childhood. For him, if he become a part of them he will become a great person and even police not ever dare to touch them. He continues be a gangster eventhough he married with (Karen Hill ) and had two children. The climax tell us about Henry were caught and get into jail but once he released , he never stop his activities. He sell the drugs and ask his friends ( Jimmy Conway and Tommy DeVito ) to join him. Then, one day his friend ( Tommy DeVito ) were killed by one of the murderer. At the end of the story, Henry fell that he be at fault and he repent.

      The genre that used in this movie about gangster. This prove by Henry's father use a violent when he figure out that Henry skip his school. And we can also see the violent through Tommy DeVito, he use his gun without hesitation to shoot at the boy. For me, this movie really attract me to continue on watching it. The camera technique use by director to express the cast itself very interesting. Director always make sure his camera not stay still and its always moving to get better picture. Moreover, the unbroken shot that director use one of the secret this movie going well.  As we can seen the design of the clothes also good because if we see they always dress like they are going for a conference. In Malaysia movies , we could see the different that they not even wear a coat but wear a jeans that been ripped at the knee such a different. Maybe some of them yes, but almost all Malaysians movies wear that kind of clothes to show kind of gangster.
  
     The song that use in this movies also attract me. One of the song is "Roses Are Red" by Bobby Vinton.
the song use when Henry and Karen at the beach and receive a champagne form Bobby ( one of supported cast ) really attract me since I love the way lyrics is. So, for the whole story I like this movie eventhough its going slow at the beginning but the director give me a shock at the middle of the story which is many of shooting incident in it. And I suggest this movie to those who are really like gangster action because it is really interesting.

Izzah Afiqah Binti Harun
A12SC0084 
   

Pulp Fiction



Assalamualaikum..
Filem Pulp Fiction adalah filem yang saya pilih untuk tugasan kali ini. Ia merupakan filem arahan Quentin Tarantino dan ia dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal. Tema untuk filem ini ialah "action, crime and thriller".

Filem ini merupakan antara filem yang unik yang pernah saya tonton kerana gaya penceritaan yang luar dari kebiasaan dan bagi pendapat saya, ia bukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh pengarah filem yang lain. Ia mengabungkan tiga agenda yang berlainan iaitu "Coffee Shop", "The Gold Watch" dan "The Bonnie Situation" serta mengaitkannya dengan melalui pengenalan terhadap watak-watak yang ada dengan lebih mendalam. Namun penyusunan plot cerita yang terabur dan susah untuk saya fahami. Filem ini juga banyak mengandungi perkataan dan perbuatan yang menjadi kurang sesuai untuk ditonton dan di ikuti di negara kita.

Secara keseluruhannya,  filem ini mungkin merupakan filem yang bagus pada awal pengeluarannya kerana ia sesuai dengan keadaan zaman dan masyarakat ketika itu namun tidak lagi pada zaman ini.

Wan Muhammad Afiq bin Wan Muhamad Fauzan
A12SC0274

GOODFELLAS


GOODFELLAS

  Berdasarkan kisah benar. Cerita ini terbitkan pada 12 September 1990 dan diadaptasikan daripada buku “Wiseguy” hasil karangan Nicholas Pileggi yang berlatarbelakangkan tahun 1955 ke 1980. Cerita ini berteraskan persahabatan.

  Cerita yang mengambil masa 2 jam 25 minit ini berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Henry Hill dilakonkan oleh Ray Liotta yang bercita-cita untuk menjadi seorang gengster. Henry yang berketurunan Irish-Amerika sanggup bekerja dengan sekumpulan gengster walaupon masih bersekolah demi mencapai cita-citanya. Dia melakukan pelbagai kerja untuk terus berada di bawah lindungan gengster.
  
  Henry telah berkahwin dengan Karen dan mempunyai dua orang anak perempuan walaupon pada mulanya Karen tidak mengetahui pekerjaan sebenar Henry kerana Henry telah menipu Karen dengan mengatakan dia adalah seorang buruh binaan. Perkahwinan mereka sangat berantakan kerana Henry mempunyai perempuan simpanan.
  
  Selepas dipenjarakan selama 4 tahun atas kesalahan mengugut, dia mula mengedar dadah dan menghasilkan dadah tersebut di rumah salah seorang perempuan simpanannya.  Pada pengakhiran cerita, Henry mempunyai masalah kerana aktiviti pengedaran dadah. Akhirnya, dia menyerah diri dan dipenjarakan.
  
       Kesimpulannya, mesej yang ingin disampaikan ialah pemilihan kawan yang baik akan membawa kita menjadi baik dan sebaliknya.


NURUL HUDA BINTI MUHD YUSOF
A12SC0108
  


Tajuk: Seven Samurai
Pengarah: Akira Kurosawa

Cerita ini mengisahkan tujuh orang samurai yang berjuang untuk ke keamanan para petani pada zamannya itu sering diganggu penyamun. Secara keseluruhannya cerita ini menarik dan memuaskan hati saya kerana durasi masanya tidak terlalu lama dan terisi dengan adegan-adegan yang menarik. Filem arahan Akira Kurosawa ini adalah pencetus kepada penghasilan filem yang baik. Keadaan filem yang berwarna hitam putih jelas menunjukkan filem ini membayangkan zaman dahulu.

Samurai yang dahulunya bertugas sebagai pengawal terumbang-ambing apabila tiada lagi kerja ditawarkan kepada mereka. Filem yang sepenuhnya dalam bahasa jepun ini dan bersari kata bahasa inggeris ini mudah difahami ceritanya kerana pembawakan pengarah filem itu sendiri berjaya menghidupkan suasana yang mudah difahami. Samurai yang semakin kehilangan arah tuju hidup mereka apabila perkhidmatan mereka diperlukan lagi mula sedar akan kehadiran mereka amat diperlukan oleh sebuah daerah yang sering diganggu oleh penyamun yang mencuri hasil pertanian mereka. Ketua kampung yang semakin risau akan keselamatan kampung mengambil samurai-samurai ini untuk menjaga kampungnya dari serangan penyamun-penyamun tersebut. Walaubagaimanapun, samurai di anggap sebagai sebuah komuniti yang teruk. Mereka di anggap orang yang suka akan kekasaran dan suka berserook bersama wanita. Petani-petani di daerah itu menyuruh anak-anak perempuan mereka untuk menyamar sebagai lelaki agar tidak diganggu oleh samurai.

Cerita ini mencapai klimaksnya apabila terjadinya perselisihan faham antara samurai dan para petani di daerah tersebut. Disamping itu juga, penyamun-penyamun mulai mengganas dan menyerang daerah tersebut. Akhirnya mereka terkorban. 

Siti Nurkamariah Binti Kamarudin
A12SC0116

MOVIE REVIEW: SEVEN SAMURAI


Tajuk :Seven Samurai
Arahan: Akira Kurosawa

          Seven Samurai merupakan filem hitam putih antarabangsa pertama yang pernah saya tonton dan ia berjaya menarik perhatian saya walaupun pada awalnya saya agak keliru dengan jalan ceritanya. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menonton filem ini adalah kerana pensyarah saya ada mengatakan bahawa seniman agung kita iaitu Tan Sri P.Ramlee juga mengambil filem ini sebagai inspirasi beliau.

          Filem Seven Samurai in dihasilkan pada tahun 1954 di bawah arahan Akira Kurosawa. Filem ini telah berjaya menggondol beberapa anugerah dan diiktiraf sebagai antara filem yang paling hebat dan berpengaruh yang pernah dihasilkan. Filem ini berlatarbelakangkan tahun 1587 pada era perang Negara Jepun.  Filem moden seperti yang dapat kita saksikan pada hari ini seperti ‘The Magnificient Seven’ juga terhasil daripada idea filem ‘Seven Samurai’.

          Filem ini pada awalnya mengisahkan sekumpulan penjahat yang bercadang mahu menyerang sebuah kampung dan mengambil hasil-hasil tanaman mereka.  Penduduk kampung sahaja tidak mampu untuk melawan mreka justeru ketua kampung mereka berhasrat untuk meminta pertolongan dari golongan samurai bagi menyelamatkan nyawa dan kampung mereka.

          Filem ini mengetengahkan tradisi masyarakat Jepun di samping nilai-nilai kemanusiaan.  Melalui filem ini, saya dapati terdapat satu kepercayaan dalam kalangan masyarakat mereka iaitu golongan petani kampung tidak boleh bergaul dengan golongan samurai kerana berlainan kasta.  Hal ini dapat dibuktikan apabila Manzo yang merupakan ayah kepada Shino sangat menentang hubungan anaknya dengan samurai,Katsushiro.

          Semasa menonton filem ini saya tertanya-tanya apakah yang membuatkan tujuh orang samurai ini bersetuju untuk membantu petani-petani di kampung? Adakah kerana sesuap nasi,mereka mempertaruhkan nyawa mereka?  Ini adalah kerana melawan penjahat sudah menjadi pekerjaan dan tanggungjawab buat mereka.

          Filem ini menunjukkan dua nilai yang cukup jelas. Yang pertama adalah keberanian melawan tradisi sosial. Contonya, Kikuchiyo yang merupakan anak seorang petani dan bukan golongan samurai tetapi tetap berkeras untuk membantu dan menjadi samurai.  Yang kedua adalah nilai percintaan yang terhalang antara Katshushiro dan Shino.  Cinta mereka telah mendapatkan halangan dripada ayah Shino pada awalnya kerana berpendapat anak petani dan samurai tidak boleh bersama.  Namun,  terdapat pendapat dalam kalangan mereka supaya memahami golongan muda.

          Golongan samurai ini telah diketuai oleh Kambei.  Kambei merupakan seorang ketua yang tenang,bijak dan pandai merancang strategi. Beliau membuat plan dan akan memangkah setiap dari 40 penjahat yang telah gugur.  Penduduk kampung pula belajar untuk berperang daripada golongan samurai dan mereka sentiasa bergerak di dalam kumpulan.  Pengarah juga pandai bermain dari sudut visual menyebabkan ianya menarik ditonton.

          Di pengakhiran cerita ini, ramai penduduk kampung dan empat daripada tujuh orang samurai telah meninggal di dalam pertempuran. Walaupun begitu, hasil kerjasama antara penduduk kampung dan samurai telah berjaya mengalahkan penjahat dan kemenangan berpihak kepada mereka.  Mereka berjaya hidup dalam keadaan harmoni dan meneruskan aktiviti bertani mereka.

          Peperangan bukanlah nilai utama filem ini sebaliknya nilai kerjasama dan tolak ansur.   Saya tertarik dengan dialog Kambei di pengakhiran cerita, ‘The farmers are the victors.. not us’.
         


NUR EDRINA FAZLEEN BINTI MOHAMED
2SSCE
A12SC0099



FILM REVIEW : GOODFELLAS


GOODFELLAS mengisahkan seorang gangster yang mula berminat untuk menjadi gangster sejak dari kecil kerana teruja dengan kehidupan golongan itu yang dilihat sebagai suatu yang membanggakan.  

Kisah yang berkisarkan tentang Henry Hill ketika zaman mudanya yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti penjualan rokok seludup dan rompakan.  Kehidupan Henry mula berubah apabila dia sudah "ditabalkan" sebagai gangster dan diberi kepercayaan oleh Paulie untuk menjalan kerja gangster yang lebih susah seperti mengutip hutang.  Henry semakin dewasa dan menjalankan pelbagai aktiviti jenayah tetapi tidak tertangkap.  Terpikat dengan Karen, Henry berkahwin dengan wanita itu.  selepas berpindah keluar dari rumah orang tua Karen, aktiviti jenayah Henry semakin berkembang.  Henry mula bersahabat dengan Jimmy dan Tommy.

Henry dan rakan sekongkolnya ditangkap dan didakwa selepas ahli keluarga pemiutang mereka memecahkan tembelang mereka ke pihak FBI. tamat tempoh penjara, Henry kembali bergiat dengan aktiviti jenayah.  belajar dari pengalaman menjual dadah dalam penjara, Henry merasakan aktiviti itu menguntungkan. Dia mengajak dua rakannya untuk turut bersama dan bisnes mereka dilihat sanagt berhasil. tetapi hidupnya mula tidak tenteram kerana sering diekori oleh pihak berkuasa.

Bisnesnya lingkup setelah Karen menghanyutkan bekalan dadahnya kedalam lubang tandas. Akibatnya Henry hilang punca duit dan hanya mendapat 3200 dolar dari Paulie. Kelangsungan hidup Henry tamat apabila dia menyerah diri dan dia berpisah Dengan Karen.

Pada keseluruhan cerita, ia menunjukkan beberapa nilai positif dan negatif. Antara nilai positif yang ditunjukkan, semangat setia kawan. nilai negatif jelas sekali ditunjukkan dengan adegan bunuh yang tidak ditapis bagi memberi impak yang lebih dalam penyampaian cerita ini. 

Secara keseluruhan, saya suka akan idea cerita ini, tetapi tidak berminat dengan jalan ceritanya yang hanya kuat pada awalnya, dan mula bosan selepas 1 jam menonton. Kebanyakan "scene" di pertengahan dan hujung cerita saya "skip" menyebabkan ada sesetengah jalan cerita menjadi celaru.


NURZIYANA BINTI HAIRUDIN

A12SC0112 



TAJUK FILEM: PULP FICTION
            Pulp Fiction merupakan filem karya Quentin Tarantino bersama Roger Avary.  Pulp Fiction merupakan filem berunsur jenayah.  Filem ini telah diterbitkan pada tahun 1994.  Cerita ini secara keseluruhannya berkisar tentang Jules Winnfield dan Vincent Vega adalah dua orang pembunuh upahan yang berusaha untuk mengambil tembaga majikan mereka yang dicuri.  Marsellus Wallace merupakan ketua mafia yang yang mengupah mereka.  Vincent juga ditugaskan untuk menjaga isteri Marsellus yang bernama Mia. 
            Pada pandangan saya filem ini sukar difahami kerana jalan certanya tidak linear.  Filem dibahagikan kepada tiga plot yang berasingan.  Setiap plot mempunyai jalan cerita yang agak berlainan.  Ini kerana, di awal filem di sebuah kafe terdapat dua orang perompak yang sedang merancang strategi untuk merompak.  Namun demikian, saya tertanya-tanya apakah kaitan mereka berdua dengan pelakon utama.  Ini merupakan kreativiti pengarah dalam mengolah cerita untuk menimbulkan unsur suspen.
            Seterusnya, Filem tersebut bercerita tentang seorang petinju yang bernama Butch.  Butch diminta mengalah kepada Marsellus dalam pertandingan tinju.  Tapi akhirnya, Butch membunuh lawannya menyebabkan dia menjadi buruan Marsellus.  Namun Butch dilepaskan atas sebab- sebab tertentu kerana telah menyelamatkan Marcellus sewaktu mereka ditangkap.
            Walaupun filem ini mempunyai plot yang sukar difahami, namun kekuatan utama filem ini adalah lebih tertumpu kepada pengolahan watak yang menarik.  Contohnya watak Jules dan Vincent yang selalu bertikam lidah kerana perkara yang remeh mewujudkan unsur yang jenaka.  Penonton tidak akan merasa kebosanan.  Selain itu, watak Jules juga amat menjadi sebagai seseorang yang telah insaf dan sentiasa bercakap tentang ayat di dalam alkitab iaitu Ezekiel 25:17 sebelum membunuh orang. Bukankah tindakan membunuh orang itu salah?  Jules telah menggunakan alasan agama untuk menghalalkan perbuatan jahatnya.
            Pulp Fiction pada pandangan saya tidak sesuai ditonton oleh lapisan masyarakat di bawah umur kerana penggunaan bahasa-bahasa kesat dan kotor berleluasa sepanjang cerita sehingga menenggelamkan dialog-dialog yang lain. 

Kesimpulannya, filem ini amat menarik kerana olahan filem unik dan kreativiti pengarah terselah apabila berjaya menghasilkan filem seperti ini.  Namun ianya amat sukar difahami kerana jalan cerita yang tidak teratur.  Setiap plot mempunyai kaitan yang tidak dapat kita ungkapkan sekiranya kita tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa menonton.

DISEDIAKAN OLEH:JOSEPHINE ANAK GEORGE JIMBUN (A12SC0085)
                         2SSCE


TAJUK :  SEVEN SAMURAI
PENGARAH :  AKIRA KUROSAWA


Bismillahirrahmannrrahim..
Assalamualaikum wbt.

Saya agak sukar untuk memahami cerita ini.  Pada awalnya, cerita ini agak membosankan, tetapi lama kelamaan ia menjadi semakin menarik.  Durasi filem ini agak lama iaitu 207 minit bersamaan 3jam 27minit jika hendak dibandingkan dengan filem biasa iaitu sekitar 2jam sahaja.

Satu daripada kebenaran hakiki dari cerita ‘Seven Samurai’ adalah para samurai dan pekebun adalah daripada kasta yang berbeza yang tak akan boleh bercampur.  Cadangan untuk mengupah samurai ditentang oleh beberapa orang penduduk kampung kerana mereka takut jikalau anak perempuan mereka diapa-apakan.  Tetapi, kedatangan perompak membawa ancaman besar kepada penduduk kampung. Mereka berjanji akan datang lagi apabila semua tanaman mereka sudah berhasil kelak memaksa mereka untuk mengupah samurai supaya dapat mengawal keselamatan dan tanaman mereka.

Terdapat beberapa gambaran untuk dikritik dan dipersoalkan.  Terlalu lama masa yang diambil untuk menceritakan sesuatu kejadian dan ini membuatkan cerita ini agak menjengkelkan.  Contohnya, pengarah menunjukkan terlalu lama shot kaki kuda menendang di dalam lumpur sehingga membuatkan saya berfikir “kuda ni tiada kepala ke?”  Penggunaan muzik juga kedengaran agak moden jika hendak dibandingkan dengan budaya zaman itu adalah tidak sesuai sama sekali.

Pemilihan para pelakon adalah sangat bersesuaian dengan jalan cerita ini. Dimulakan dengan watak Kambei, ketua samurai, yang sangat hebat, bijak, tenang dan berkaliber.  Dia juga pandai merancang strategi untuk menentang perompak-perompak yang mendatang. Watak Shino sebagai anak perempuan pekebun dalam cerita itu sangat menonjol kerana hanya dia seorang sahaja watak perempuan yang ditampilkan sebagai watak utama.  Kadang-kadang, watak Shino agak kelakar, kerana sebagai seorang perempuan yang agak tidak malu untuk meluahkan perasaan kepada Kyuzo, yang juga merupakan seorang samurai.

Bagi saya, watak Kyuzo amatlah menjengkelkan kerana, dia hanya membiarkan Shino dibelasah teruk oleh bapanya selepas mereka diketahui ‘bersama’.  Bapa Shino amat marah apabila mengetahui hal ini kerana bagi mereka, samurai dan pekebun tidak boleh disamakan darjatnya. Kyuzo langsung tidak bertanggungjawab atas perbuatannya.

Tetapi, watak ini meninggalkan tanda tanya kepada penonton. Adakah Kyuzo akan bersama dengan Shino semula? Kerana cerita ini diakhiri  dengan Shino dan Kyuzo membawa haluan mereka masing-masing.

Banyak watak yang mati diakhir cerita ini. Tetapi, keganasan bukanlah tunjang utama cerita ini. Ia lebih mengisahkan tentang peranan sosial dalam hidup bermasyarakat.

Bagi saya, jalan cerita ini sangat menarik sekali. Keseluruhannya, saya memberi 4bintang. :)



-NUR FARAHAIN BINTI MOHAMAD-
A12SC0101
2SSCE