Filem : Munich
Pengarah : Steven Spielberg
Assalamualaikum..
Filem Munich
arahan Steven Spielberg mengisahkan tentang penculikan dan pembunuhan terhadap sebelas orang atlet Israel
yang terlibat dengan Munich Olympics pada September 1972. Kelompok terrorist
yang terdiri daripada orang Palestin yang digelar “Black September” yang telah
membunuh atlet Israel tersebut. Perdana Menteri Mesir pada masa itu,Golda Meir
telah mengarahkan operasi dilakukan bagi menjejaki suspek yang terlibat dalam
pembunuhan tersebut. Sebuah pasukan yang diketuai oleh Avner,agen Mossad
dibantu oleh Steve,Hans,Robert dan Carl telah damanahkan untuk melakukan
operasi tersebut.
Pelbagai misi
dijalankan dalam usaha dijalankan dan mereka telah merantau ke Eropah untuk
menjejaki pembunuh-pembunuh tersebut. Beberapa suspek telah disyaki terlibat
dalam pembunuhan tersebut. Dalam usaha tersebut,Carl telah dibunuh oleh seorang
wanita manakala Robert dipercayai dibunuh dalam letupan. Kini tinggal
Avner,Steve dan Hans yang akan meneruskan misi mereka itu. Hal ini telah
mendatangkan tekanan terhadap pasukan tersebut. Namun,akhirnya Hans telah mati ditikam dan kini hanya tinggal mereka
berdua dan seterusnya mereka pulang ke Israel.
Ephraim iaitu
salah seorang agen Mossad telah menggesa Avner untuk kembali bersama-sama
Mossad bagi meneruskan misi mereka menjejaki pembunuh tersebut. Namun
demikian,Avner menolak desakan tersebut. Akhir sekali, Mossad berjaya menjejaki
dan membunuh sembilan orang yang disyaki
terlibat dalam pembunuhan atlet Israel tersebut dan juga Salameh yang telah merancang
pembunuhan beramai-ramai tersebut.
By:
C WAN NUR IZATI BINTI C WAN AHMAD
A12SC0043
A12SC0043
No comments:
Post a Comment