Novel
“PINJAM” merupakan karya Anuar Syah terbitan FIXI. Novel ini mengisahkan
Shahrom yang sejak dari kecil memang suka meminjam barang orang. Dia bukan
sahaja meminjam barang,malahan duit yang ditinggal merata-rata atau ada sahaja
peluang untuk mengambil duit tersebut,atas alasan dia akan memulangkannya
apabila besar nanti.. Sharom sering kali dipukul dengan dawai besi penyangkut
baju oleh ibunya disebabkan kenakalannya mengambil barang orang lain. Kalau di
sekolah,rakan baiknya iaitu Noorazman yang selalu menjadi mangsa untuk Shahrom mengambil
peluang meminjam duit daripadanya. Perangai meminjam tersebut bukan diturunkan
oleh kedua ibu bapanya,malah tiada sejarah dalam keluarga mereka yang suka
meminjam..
Sebelum
Shahrom dilahirkan ibunya,Kamsiah telah mendapat mimpi di mana ada suara yang
sering bercakap dengan dirinya. Kamsiah kerap mengalami mimpi tersebut
sehinggakan Samad mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Kamsiah kerana
dia sering meracau dan bercakap sendirian ketika tidur.. Namun,setelah dia
berkahwin, mimpi itu kembali menghantuinya dan sekali lagi semasa Shahrom
berusia tiga tahun. Perbuatan Shahrom tidak dapat dikesan oleh sesiapa kerana
dia terlalu licik. Saudaranya,Zaharuddin sudah masak sangat dengan perangai
Shahrom yang suka mengambil barang kepunyaan orang. Zaharuddin ada menyimpan
dendam yang amat terhadap Shahrom. Waktu itu Shahrom masih di sekolah rendah.
Sewaktu
di tingkatan satu,Shahrom bersekolah di asrama penuh sekitar Seremban.
Baginya,kehidupan di asrama lebih mudah untuk dia meminjam barang orang. Jamal
merupakan rakan yang paling akrab dengan. Namun,tidak disangka Zaharuddin
sanggup mengintip pergerakan Shahrom dengan membawa van perpustakaan
bergerak di sekolahnya oleh kerana
dendam lamanya. Dia hanya mencari masa yang sesuai untuk membelasah Shahrom
cukup-cukup. Satu hari sewaktu dalam kelas,Shahrom memendang tepat ke arah
gurunya yang sedang mengajar dan merasakan seolah-olah dia sedang berada di
dalam pemikiran cikgunya tersebut. Sepertinya dia yang sedang mengajar di
hadapan kelas dan dia seolah-olah terapung di awangan. Sewaktu itu,Shahrom
sedang berada di dalam otak cikgunya dan selepas dia menyedarinya,Shahrom lekas
cuba keluar. Dia agak kebingungan. Sejak daripada itu,dia mula mendapat idea
untuk membuat ujikaji seterusnya.
Anda
sudah tentu tertanya-tanya siapa bahan eksperimen Shahrom seterusnya?Ya,Jamal
lah mangsanya. . Sewaktu di dorm,Jamal memang sering tidur waktu petang selepas
mereka pulang dari ‘prep’. Waktu itulah Shahrom merasakan masa paling sesuai
untuk membuat ujikajinya. Satu hari ketika Jamal sedang nyenyak tidur,Shahrom
mengambil peluang untuk meneroka apa yang berada di dalam pemikiran Jamal. Lagi
memudahkan apabila mereka duduk di atas katil ‘double decker’. Shahrom duduk di
bahagian bawah manakala Jamal di bahagian atas. Percubaan Shahrom untuk
memasuki otak Jamal berjaya. Bermacam-macam fikiran yang berada di dalam otak
Jamal sehinggakan kadang kala Shahrom merasa sakit kepala apabila berada otak
Jamal. Waktu mula-mula Shahrom memasuki otak Jamal,Jamal langsung tidak sedar akan
perkara itu oleh kerana dia tidur mati. Shahrom meneruskan ‘plan’nya untuk
mengawal otak Jamal tersebut. Adakah berjaya?Seperti biasa Shahrom menunggu
masa yang sesuai,Shahrom memasuki otak Jamal ketika dia sedang tidur. Ketika
itu,kelihatan urat-urat berserabut di dalam otak Jamal dan sepertinya ada
sesuatu masalah. Shahrom cuba bergerak ke satu bahagian otak iaitu ‘medulla
oblongata’ yang boleh mengawal pergerakan manusia. Seolahnya Shahrom sedang
memegang ‘remote control’ untuk menghasut pemikiran dan mengawal pergerakan Jamal. Shahrom
tersedar bahawa seperti ada orang yang sedang memerhatinya sewaktu berada di
dalam otak Jamal tadi,namun diabaikannya. Selepas terjaga dari tidur,Jamal
merasakan kepalanya sakit yang amat dan mengadu hal itu kepada Shahrom.
Perkara
ini berlarutan sehingga menyebabkan Jamal terlanjur dengan teman
wanitanya,Farina. Farina disahkan mengandung. Jamal merasakan bahawa dialah penyebab semua
itu berlaku. Jamal sudah tidak waras lagi sejak kejadian itu dan dia dihantar
ke Tanjung Rambutan. Shahrom pula dibelasah oleh Zaharuddin sehingga mati.
Namun Shahrom kini meminjam otak anak
dalam kandungan Farina manakala Zaharuddin kini dipenjara. Akhir sekali,rupanya
Zaharuddin lah yang menjadi punca semua ini dan dia juga mempunyai kebolehan
seperti Shahrom dan dialah yang mengawal otak Shahrom dan Jamal sebelum ini.
Nama: C Wan Nur Izati Bt C Wan Ahmad
No Matrik: A12SC0043
Nama: C Wan Nur Izati Bt C Wan Ahmad
No Matrik: A12SC0043
No comments:
Post a Comment