Monday, 21 April 2014

Movie Review: Pulp Fiction

Nama filem: Pulp Fiction
Pengarah filem: Quentin Tarantino
            “Pulp Fiction” merupakan sebuah filem yang saya pilih untuk dijadikan “movie review”. Pulp Fiction ialah sebuah cerita wayang yang dihasilkan pada tahun 1994. Cerita wayang yang agak sudah lama, namun ia sangat menarik untuk diceritakan. Saya pun tidak menjangka yang saya akan melihat cerita wayang yang telah hampir berusia 20 tahun ini. Mungkin kerana saya hanya melihat wayang-wayang yang baru pada zaman saya sahaja. Filem ini berunsurkan jenayah yang telah diarahkan oleh Quentin Tarantino.  Filem ini berbahasa inggeris dan panjangnya adalah 154 minit.
            Filem ini mengisahkan tentang Jules Winnfield dan Vincent Vega yang merupakan dua orang pembunuh upahan yang melakukan tugasan untuk mendapatkan sebuah beg yang dicuri dari majikan mereka, iaitu ketua gangster, Marsellus Wallace. Apa yang menarik dalam filem ini ialah filem ini dicerikan dengan babak-babak yang tergantung dan sepertinya pelik dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi ia telah digabungkan dengan cara yang tertentu menjadikan cerita ini kelakar dan menarik. Sebagai contoh apa yang dicerikan pada awal filem ini ialah dimana berlakunya rompakan dalam sebuah kedai makan yang dilakukan oleh pasangan Pumpkin dan Honey Bunny. Namun, cerita itu terhenti dan telah masuk kepada plot yang lain. Apa yang menariknya ialah cerita rompakan itu bersambung di pengakhiran cerita bersama pelakon Jules Winnfield dan Vincent Vega.
            Selain itu, unsur kelakar yang telah ceritakan dalam filem ini ialah cerita tentang bagaimana ketua gangster, Wallace meminta Vincent untuk menjaga isterinya, Mrs. Mia Wallace. Pada mulanya, Vincent telah membeli dadah bergred tinggi (heroin) dari seorang pengedar dadah, Lance. Kemudian, Vincent telah pergi ke rumah Mrs. Mia untuk membawanya keluar sebagai janji Vincent untuk menjaganya. Mereka telah pergi ke sebuah restoran, Jack Rabbit Slim’s. Semasa dalam restoran ini, sempat juga mereka berdua menari bersama-sama untuk memenangi hadiah. Babak ini telah menjadi lebih menarik apabila mereka telah pulang ke rumah. Mia telah terjumpa dadah yang dimiliki oleh Vincent dalam poket baju beliau, dan terus menghisap dadah tersebut. Seterusnya, Mia telah pengsan akibat dos berlebihan. Vincent yang ketakutan melihat keadaan Mia telah membawanya ke rumah Lance untuk menyedarkan Mia yang telah pengsan. Berlakulah babak-babak yang agak cemas dan lawak jika dipandang oleh sesetengah orang sewaktu suntikan adrenalin mahu dilakukan pada jantung Mia. Akhirnya, Mia telah sedar. Mereka berdua telah bersetuju untuk tidak menceritakan perkara ini kepada Wallace.
            Walaubagaimanapun, terdapat juga perkara yang tidak memuaskan dalam filem ini. Iaitu dari segi penggunaan bahasanya. Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan filem inggeris memang menggunakan bahasa yang agak keji dan memaki-hamun. Namun, itulah dia asam garam dalam filem ini yang menggambarkan keganasan filem ini. Selain daripada itu, semuanya hampir sempurna dan menarik.
             Secara keseluruhannya, watak yang dimainkan dalam filem ini jelas dan mudah difahami. Untuk memahami lebih mendalam, saya cadangkan untuk melihat filem ini sekurang-kurang dua kali. Ini kerana filem ini sangat menarik,  kelakar dan tidak rugi untuk menghayatinya. Tetapi sebelum itu, saya cadangkan seseorang haruslah sediakan diri untuk melihat filem-filem seperti ini kerana didalamnya juga mengandungi unsur-unsur yang tidak elok. Dikuathiri jika kita terikut-ikut dengan budaya barat yang digambarkan dalam filem ini. Kesimpulannya, filem ini sangat menarik dan kelakar dan juga pelik. Untuk mereka yang menginginkan filem menarik, tantonlah filem ini, Pulp Fiction.

Muhamad Hanis Bin Mohd Nasir
A12SC0088

No comments: