Nama filem: Pulp Fiction
Pengarah filem: Quentin Tarantino
“Pulp
Fiction” merupakan sebuah filem yang saya pilih untuk dijadikan “movie review”.
Pulp Fiction ialah sebuah cerita wayang yang dihasilkan pada tahun 1994. Cerita
wayang yang agak sudah lama, namun ia sangat menarik untuk diceritakan. Saya
pun tidak menjangka yang saya akan melihat cerita wayang yang telah hampir
berusia 20 tahun ini. Mungkin kerana saya hanya melihat wayang-wayang yang baru
pada zaman saya sahaja. Filem ini berunsurkan jenayah yang telah diarahkan oleh
Quentin Tarantino. Filem ini berbahasa
inggeris dan panjangnya adalah 154 minit.
Filem ini
mengisahkan tentang Jules Winnfield dan Vincent Vega yang merupakan dua orang
pembunuh upahan yang melakukan tugasan untuk mendapatkan sebuah beg yang dicuri
dari majikan mereka, iaitu ketua gangster, Marsellus Wallace. Apa yang menarik
dalam filem ini ialah filem ini dicerikan dengan babak-babak yang tergantung
dan sepertinya pelik dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi ia telah
digabungkan dengan cara yang tertentu menjadikan cerita ini kelakar dan
menarik. Sebagai contoh apa yang dicerikan pada awal filem ini ialah dimana
berlakunya rompakan dalam sebuah kedai makan yang dilakukan oleh pasangan
Pumpkin dan Honey Bunny. Namun, cerita itu terhenti dan telah masuk kepada plot
yang lain. Apa yang menariknya ialah cerita rompakan itu bersambung di pengakhiran
cerita bersama pelakon Jules Winnfield dan Vincent Vega.
Selain
itu, unsur kelakar yang telah ceritakan dalam filem ini ialah cerita tentang
bagaimana ketua gangster, Wallace meminta Vincent untuk menjaga isterinya, Mrs.
Mia Wallace. Pada mulanya, Vincent telah membeli dadah bergred tinggi (heroin)
dari seorang pengedar dadah, Lance. Kemudian, Vincent telah pergi ke rumah Mrs.
Mia untuk membawanya keluar sebagai janji Vincent untuk menjaganya. Mereka telah
pergi ke sebuah restoran, Jack Rabbit Slim’s. Semasa dalam restoran ini, sempat
juga mereka berdua menari bersama-sama untuk memenangi hadiah. Babak ini telah
menjadi lebih menarik apabila mereka telah pulang ke rumah. Mia telah terjumpa
dadah yang dimiliki oleh Vincent dalam poket baju beliau, dan terus menghisap
dadah tersebut. Seterusnya, Mia telah pengsan akibat dos berlebihan. Vincent
yang ketakutan melihat keadaan Mia telah membawanya ke rumah Lance untuk
menyedarkan Mia yang telah pengsan. Berlakulah babak-babak yang agak cemas dan
lawak jika dipandang oleh sesetengah orang sewaktu suntikan adrenalin mahu
dilakukan pada jantung Mia. Akhirnya, Mia telah sedar. Mereka berdua telah
bersetuju untuk tidak menceritakan perkara ini kepada Wallace.
Walaubagaimanapun, terdapat juga perkara
yang tidak memuaskan dalam filem ini. Iaitu dari segi penggunaan bahasanya.
Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan filem inggeris memang menggunakan
bahasa yang agak keji dan memaki-hamun. Namun, itulah dia asam garam dalam
filem ini yang menggambarkan keganasan filem ini. Selain daripada itu, semuanya
hampir sempurna dan menarik.
Secara
keseluruhannya, watak yang dimainkan dalam filem ini jelas dan mudah difahami.
Untuk memahami lebih mendalam, saya cadangkan untuk melihat filem ini
sekurang-kurang dua kali. Ini kerana filem ini sangat menarik, kelakar dan tidak rugi untuk menghayatinya.
Tetapi sebelum itu, saya cadangkan seseorang haruslah sediakan diri untuk
melihat filem-filem seperti ini kerana didalamnya juga mengandungi unsur-unsur
yang tidak elok. Dikuathiri jika kita terikut-ikut dengan budaya barat yang
digambarkan dalam filem ini. Kesimpulannya, filem ini sangat menarik dan
kelakar dan juga pelik. Untuk mereka yang menginginkan filem menarik, tantonlah
filem ini, Pulp Fiction.Muhamad Hanis Bin Mohd Nasir
A12SC0088